Ramadan Datang Lagi…

Assalamualaikum.

Nyanyi, nyanyi…

Ramadhan bulan yang suci
Rahmat melimpah dari Illahi
Banyakkan amal di bulan ini
Wajah muslimin selalu berseri

Dalam seminggu lagi kita nak berpuasa… Wow, cepat, pantas masa berlalu. Ramadan kali ini saya banyak membilang waktu, mengutip saki baki masa kerja untuk diri sendiri dan keluarga. Bukan masa saja, duit juga… Sebab Itu, saya dah mulapun mengira-ngira…

1. Ketua saya berangkat ke Tokyo 27 Jun | 26 Jun, dia ada jemputan di luar pejabat | persiapan akhir, 25 Jun – menghitung hari detik demi detik

2. Saya balik kampung 26 Jun | bawa mak dan abah beli baju raya, 27 Jun | bawa mak dan abah ke KL, 30 Jun

3. Kyong dijangka bersalinkan Haiqal (babynya), 2 Julai | bawa Haiqal dan Kyong balik kampung dengan mak dan abah sekali, 5 Julai

4. Tunggu duit tunggakan gaji, InsyaAllah, tarikhnya belum tahu… mahu bayar roadtax | tunggu bonus, harap-haraplah banyak… Sebab markah saya agak tinggi dari sebelumnya, mudah-mudahan bonus tahun ini tinggi, tak tahu bila – tapi tentu sebelum raya…

5. Nak beli sesuatu yang istimewa untuk Kyong dan Haiqal..tentulah! Nak beri duit raya pertama kali untuk Haiqal, baju raya dan kasut raya…

6. Peti ais di rumah, dah wajib tukar dah, yang ada kecil sangat untuk simpan makanan tiga orang – harap duit bonus

7. Untuk diri sendiri, saya cuma mahu beli Lenovo Vibe Z, sebuah monopod dan saving untuk ke Bali nanti, InsyaAllah, 20-25 Oktober

8. Kalau bonus saya nanti ada lebih, saya mahu ‘tachap’ WQB. Besar jugak belanjanya…

9. Sebagai backup, saya kena buat part time – buat pembetulan, job proof reading, typing, semua pon boleh, goest writter pun saya ambil. Siapa-siapa ada job, berminat nak offer saya boleh tinggalkan komen ya… Harga boleh ‘nego’!

10. Projek JID 2014 (Jimat, Ibadah dan Diet) – sempena bulan Ramadan ni, saya nak jalankan projek ini di rumah saya… Nanti  saya akan terangkan tentang projek ini dalam post berikutnya.

Insya-Allah, saya harap semua impian, harapan ini jadi kenyataan… Amin…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s