Shadi Mubarak

Assalamualaikum….

Beberapa minggu lepas, saya tengok cerita Hindustan (modern movie) – ni lepas zaman ‘3 khan’ punya cerita… Saya tak ingat tajuknya, mahupun nama pelakonnya. Tapi kalau tengok gambar, ingat lagi kut wajah pelakonnya…

Ceritanya tentang dua sahabat, yang berkongsi perniagaan ‘perancang perkahwinan’. Syarikat tu namanya ‘Shadi Mubarak’.
Shadi (kahwin, berkahwin, perkahwinan) dan Mubarak (tahniah)…!

Best jugak ceritanya… Begini, yang heroin tetapkan syarat, kalau nak berkongsi usahakan Shadi Mubarak, kedua-dua rakan kongsi tak boleh bercinta, “cinta akan musnahkan perniagaan”, katanya. Yang hero pula, memang dah lama jatuh hati dekat heroin. Cuma disebabkan syarat heroin tadi, dan dia sendiri tak ada income, jadi dia setuju..

Jadi macam-macamlah halangan perniagaan mereka…, dari hanya merancang perkahwinan di flat, di perkampungan, di pekan-pekan kecil sampailah ke bandar, semua menjadi… Daripada melangsungkan acara perkahwinan untuk kelas bawahan, kelas pertengahan sampai ke kelas atasan…semua berhasil…

Bila kita tengok cerita ini, kita dah sedia faham kenapa perniagaan mereka berhasil, sebab mereka buat apa yang mereka suka, apa yang mereka mahir, mereka berkongsi keseronokan bekerja sesama mereka, dan mereka selesa dengan ‘partner’ yang mereka ada…

Sampailah konflik, bila Shadi Mubarak mendapat projek besar… Mereka berjaya, dan berhasil… Malam selesai acara, mereka meraikannya di pejabat… Dalam kepenatan dan keseronokkan, bila tinggal berdua… Jadilah cerita Hindustan (modern movie) dan akhirnya hero dan heroin telah bersatu (mengadakan hubunganlah, tolonglah faham-faham sendiri…).

Then come the real big problem! Heroin rasa dia telah benar-benar jatuh cinta kepada hero. Heroin risau juga kerana telah tersilap membuat syarat tentang ‘cinta’. Tapi dia yakin, masih boleh membetulkannya.

Lain pula pada hero. Dia bimbang kerana gagal mengotakan janji mengikut syarat heroin. Jadi hero bertindak mohon maaf dan menganggap apa yang berlaku sebagai kesalahan, kecuaiannya… Dia minta heroin lupakan apa yang telah berlaku kepada mereka berdua.

Huhuhu…mudahnya! Heroin mula menunjukkan perubahan. Dia stress sebab rasa cintanya ditolak. Jadi serba tak kena. Hero dan heroin sentiasa berbalah, bergaduh dan perniagaan terjejas… Semua rakan niaga, semua lari… Jadi mereka decide untuk berpisah!

Shadi Mubarak diteruskan oleh heroin, memandangkan idea asal perniagaan itu memang miliknya. Hero pula mahu bersaing dan menunjukkan kehebatannya, dia buka ‘Happy Wedding’. Kedua-duanya, baik Shadi Mubarak dan Happy Wedding, hancus… Sebab ada yang hero tak mampu buat, yang dulunya kerja heroin dan begitu juga sebaliknya berlaku pada heroin…

Akhirnya, Shadi Mubarak dapat projek besar tetapi pelanggan mahu ia dibuat bersama-sama Happy Wedding. Bila kerja bersama semula, semuanya berjalan lancar… Jadi hero memujuk heroin untuk bergabung semula (perniagaan) dan tentu mereka akan lebih berjaya.

Sedihnya, heroin menolak dengan baik, kerana dia akan berkahwin. Lepas tu….hero dah tak senang duduk dah.. Sebab dia tak terfikirpun heroin akan berkahwin.

Dengan gelabah, hero buat Beberapa perkara supaya heroin membatalkan niatnya untuk berkahwin.. Penamat cerita, hero jumpa dengan heroin, beritahu memang dia sudah lama mencintai heroin, cuma kerana takut, takutkan perniagaan Shadi Mubarak akan musnah hanya kerana kegagalan dia menunaikan syaratnya…dan takutkan cintanya akan ditolak…maka masalah berlaku antara hero dan heroin.

Dah namanya, cerita Hindustan, mestilah happy ending… Hero dan heroin bersatu (benar-benar bersatu) dalam majlis Shadi Mubarak..

Dari filem ini ada Beberapa pengajaran:
1. Hubungan perniagaan kena profesional
2. Cinta, tak boleh dipaksa-paksa, apatah lagi ditahan-tahan. Lagilah tak boleh..
3. Benda (pernigaan/kerja) yang disukai, dibuat dengan bersungguh-sungguh tentu berjaya.
4. Apa salahnya partner perniagaan bercinta, sedangkan sepejabat pun boleh skandal, jadi couple.
5. Jujur, berterus terang, jawapan kepada semua masalah. Cuba bawak berbincang…

Setakat ni saja saya kongsikan movie ini. Akhir dari saya, petikan ini…

“Antara cinta dan kerja, anda hanya akan dapat satu…hanya salah satu…
Yang mana satu keutamaan anda?”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s