Geng Ngaji

Assalamualaikum… Apa khabar Semua? Alhamdulillah..masih boleh baca blog ni, kira masih okaylah tu, sihat lagi…

Sejak February (Bulan 2), saya memang dah sibuk dengan persiapan ke Tokyo. Bukan saya, boss-boss saja yang pergi, saya cuma selesaikan kerja-kerja berkaitan, persediaan mereka di sana nanti.

Dah ceritanya begitu, jadi anda faham-faham sendirilah how pressure I’m , menyiapkan segala macam kerja, dengan kerenah boss lagi…

Stress di Jabatan baru, saya tinggal tepi. I need something to help myself. Jadi saya daftar masuk kelas mengaji. Yes, kelas ngaji! Dengan alasan asal – nak balik awal, lari dari boss, tak ada life duduk bekerja di pejabat sampai jam 11:00 setiap malam…Saya syukur, syukur sebab dibukakan ‘pintu hati’ untuk masuk kelas ini.

Kelas Asas Tajwid – maknanya, belajar dari asas. Kalau dulu (masa kecil), saya belajar guna ‘jahama’ Atau ‘muqaddam’, sekarang ni guna Iqra’. Belajar dari ‘alif ba ta sa jim kha kho dal ect…’

Nak ikut kelas ni, memang kena belajar dari mula… Itu syarat ustaz yang mangajar! Pelajar ada 7 semuanya (dalam kelas saya), kelas lain tak pasti pula… Abang Ayob, Zul, Hairi, Farhana, Asmidar, Nia dan saya…Kami semua belajar dari mula. Umur berbeza-beza, semuda-muda Farhana (taklah muda sangat) sampai seberusia seperti Abang Ayob (around 48) dan dengan latar belakang pendidikan, pekerjaan berbeza-beza, kami nekad juga belajar ngaji. Sebab apa? Sebab apa yang ustaz cakap….

“Sebaik-baik manusia adalah yang belajar membaca Al-Quran dengan betul dan mengajarnya kepada orang lain” – firman Allah SWT, katanya. Saya tak pasti dari surah apa dan ayat apa.

Diam tak diam, dah dua bulan saya masuk kelas mengaji. Excited setiap kali pergi kelas… Gembira dan teruja… Satu, mungkin sebab dah lama tak belajar – masuk kelas dan dua, sebab saya belajar mengaji.

Tiap kali pergi kelas, terasa macam pergi kelas design di menara (masa belajar di UiTM dulu…). Saya pergi kelas ngaji pon memang sempoi gila, pakai track, tshirt, tudung dan sarung sweater… Pergi kelas pon rempit je dengan Farhana… Sempoi!!!

Next week, dah nak masuk Iqra’ 2. Tak sabar nak pergi kelas lagi..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s