tips@top: Seksi? Ya it’s Me!

Assalamualaikum..

Seksi..seksi..seksi..

Petang tadi saya baca artikel EH! Tentang seksi..tang mana yang lelaki nampak perempuan sebagai seksi.

Saya jadi teruja membacanya. Serius, sebenarnya kebanyakkan perempuan suka kelihatan seksi. Yang membezakan cuma perempuan yang menunjukkan keseksian kepada umum atau perempuan yang menunjukkan keseksian kepada insan yang tertentu sahaja (atau seseorang sahaja).

Saya type #2. Berhasrat nak seksi depan suami saja nanti. Tapi saya memang agak seksi di rumah, especially waktu malam. Eh, suka hati I ols lah, baju I ols, dalam rumah I ols, bukan you ols tengok pon…! Saya memang dilahirkan seksi… Hahahaha (gelak terguling-guling, tahap Encik Gaban punya guling)

Seksi, maknanya bukan tayang semua. Kalau tayang semua tu seksa, dan bukan semuanya lelaki nak tengok pun (yang ni saya agak saja). Seksi seseorang perempuan boleh dilihat bukan sahaja oleh mata lelaki, tetapi mata perempuan juga. Atau dalam erti kata lain, mata saya boleh tafsir apa yang dipamerkan oleh sesorang perempuan itu sama ada seksi atau sebaliknya (pada mata saya), walaupun saya perempuan.

So back to the topic, apa yang lelaki pandang seksi?

#1 – Bila perempuan memakai baju berkolar besar atau baju dengan lubang leher besar. Yang boleh menampakkan sebelah bahu (kanan atau kiri, salah satu). Alah yang jenis lady t-shirt besar tu… Lehernya besar, sampai melorot ke bahu, sampai nampak sebahagian belakang badan, kemudian di bahu pun nampaklah BCG (suntikan yang pernah diberi kepada pelajar sekolah).

Tambah bonuslah, kalau waktu yang sama perempuan itu berbra atau bersinglet gelap (yang boleh nampak talinya dari lubang leher yang terbuka tu). Itu seksi di mata lelaki. Jadi kalau anda berniat nak menggoda suami anda, pakai baju jenis begini di rumah.

#2 – Baju jarang… Bukan baju jarang semata-mata! Konsepnya tetap sama, kalau tunjuk semua, ia tak seksi lagi. Baju jarang itu hanya di luar, di dalamnya disarung dengan baju pendek atau singlet yang sendat. Kenapa yang ini akan nampak seksi di mata lelaki? Sebab yang ini membolehkan lelaki meng’imaginasikan’ bahagian yang sendat. Baju jarang tu sebenarnya cuma semacam umpan untuk mewujudkan seksi.

#3 – Yang ini, selalu kita lihat di TV, movie dan sebagainya. Perempuan pakai kemeja lelaki, butangkan hanya di bahagian bawah. Begini, perempuan yang sesekali memakai baju lelaki akan kelihatan comel dan seksi. Lelaki akan anggap seperti gaya mereka sedang ditiru (itu kalau anda pakai bajunya atau boleh jadi baju suami anda). Dan perempuan yang cuba menjadi maskulin memang selalu nampak comel.

Ops, yang butang hanya di bahagian bawah tu – guna konsep samalah, tunjuk sedikit aset (bukan semua, sikit saja seperti lurah). Sama macam #2, nampak bra atau singlet di dalam pun sudah cukup merangsang imaginasi lelaki.

#4 – kasut tumit tinggi – kasuk tumit tinggi menampakkan seseorang itu seksi, tetapi bukan sebab kasut tu, sebab kaki perempuan tu. Serius, saya sendiri pun suka tengok kaki perempuan yang berotot. Kalau pakai kasut sukan, sandal atau selipar mana boleh nampak kaki yang berotot. Bila pakai kasut tumit tinggi saja kita boleh nampak.

Jadi, bukan kerana skirt pendek, bukan kerana baju sendat, bukan kerana kain terbelah sampai pangkal peha atau baju dengan dada terdedah yang me’nyeksi’kan. Sebaliknya ia cuma kerana kasut, kasut tumit tinggi… Biarlah kaki tu hitam manis, atau kurus atau besar, asal ia berotot cantik (macam Sarah Shahi) atau macam kaki atlet, dah cukup perfect, seksi.

Bagaimanapun keadaannya, ‘perempuan berseksi’ memang SALAH! Salah, jika dilihat oleh lelaki selain suami. Kalau nak berseksi untuk suami sendiri (ingat bukan untuk suami orang), tiada masalah, buatlah. Mana tahu dia suka, anda pun akan suka juga.

Jangan kata, saya cuba mempengaruhi anda untuk berseksi. Saya sekadar berkongsi tips@top sebagai pengetahuan bersama. Untuk anda dan diri sendir juga.

Selamat berseksi bila tiba masa dan sesuai dengan penontonnya.
Assalamualaikum.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Advertisements

One thought on “tips@top: Seksi? Ya it’s Me!

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s