tips@top : Pindah Meja Kerja

Assalamualaikum…

Aha.. Ini dia, tarra.. tips@top baru untuk anda…

Seperti biasa, tips@top selalunya dikongsi daripada pengalaman saya sendiri atau daripada mana-mana buku, majalah serta artikel yang saya baca dari Internet. Mungkin daripada Prof. Google juga! Cuma story tips@top cenderung kepada elemen positif. Yang negatif tu saya biarkan dalam benak sendiri…

Cerita tentang post ini, ini post paling lama saya buat. Dalam dua minggu, dari merangka sampai siap merepek…14 hari. Hari ini baru siap.

tips@top kali ini khusus untuk orang selalu terlibat dengan rotation kerja, yang selalu bertukar-tukar bahagian/jabatan. Macam saya…dah banyak kali bertukar…

Tukar jabatan/bahagian, macam tukar meja kerja… Kita mudahkan sebagai ‘tukar meja’ saja selepas ini.

Tukar meja, sesekali boleh jadi diterima dengan sukacita dan boleh juga menjadi perkara paling sukar dalam perjalanan seseorang yang berkerjaya. Jadi bagaimana terbaik untuk menghadapinya.. Haaaa..cam ginilah…

1. Sedia & Tenang.
Bila dimaklumkan bahawa syarikat mahu menukarkan anda ke meja baru, tentu anda terkejutkan. Betul tak? Dan waktu itu anda patut tahu beberapa perkara, iaitu jawapan bagi soalan ini:

(a) anda ada pilihan atau tidak?

(b) sebab anda ditukarkan?

(c) syarikat mahu apa daripada pertukaran itu?

(d) sampai bila anda patut kekal di situ?

Kenapa anda perlu dapatkan jawapan untuk soalan di atas? Sebabnya, sebab ia penting untuk masa akan datang… Penjelasannya berikut:

(a) kalau ada pilihan, anda bolehlah balik ke rumah, buat sembahyang Istikharah dan berdoa supaya diberi petunjuk pilihan terbaik untuk anda.

(b) manalah tahu, sama ada anda ditukarkan sebab kerja lama anda tak menyerlahkan potensi kerja anda, atau syarikat nak bagi naik pangkat ke, atau boss lama anda tak berkenan dengan anda… Lebih baik anda tahu dari mulut pihak atasan daripada anda dengar dari kawan-kawan – percayalah, mereka pun dapat maklumat yang bukan dari sumber pertama dan percayalah, mereka cuma bergosip saja…

(c) punca, kena tahu… Mungkin tempat baru bermasalah, sedang menghadapi krisis dan mungkin memang tak cukup staf di situ atau hanya anda yang layak mengisi kekosongan di tempat baru (ini bagi yang naik pangkat saja ya). Atau ada misi-misi (projek) tertentu yang perlukan anda laksanakan di sana.

(d) kalau tempohnya sementara anda tak perlu bimbang sangat, sebab sampai masa nanti anda akan kembali juga ke tempat asal. Dan kalau kekal anda boleh bersedialah mencari kerja lain jika anda tak sesuai di situ nanti…

2. Terima, Cuba Dulu
Selalunya kalau ia adalah arahan kerja, bermakna anda wajib terima. Jadi terima sajalah. Walaupun berat di hati, ringankanlah pada perbuatan. Jangan tunjukkan sangat anda membantah, kemudian anda cuba.

Fikirkan positif, mana tahu di tempat baru, meja baru nanti anda boleh jadi lebih cemerlang, gemilang terbilang. Jadikan meja kerja baru anda sesuatu yang anda senangi. Terima rakan sekerja baru anda macam ‘kengkawan’ sendiri… Baru senang hati… Ada beberapa cara lain untuk merangsang kegembiraan di tempat baru:

(a) hias meja baru anda lebih cantik, lebih baik daripada yang dulu, sampai yang ini jadi ‘cun tahap gabanlah’

(b) cari kawan bukan lawan – belanjalah makan sekali sekala, buat kelakar sin chan ke, bermulut manis ke…

(c) study suasana kerja di tempat baru, ambiance-nya bagaimana.. Kalau tempat tu penuh dengan editor, anda tak payahlah gatal nak melalak (menyanyi) bagai, bawakkan senyap.

(d) kenal Boss anda – ini paling penting! Boss baru belum tentu sebaik Boss lama anda, atau mungkin juga tak secerewet Boss lama anda, atau mungkin tak sekecoh Boss lama anda, atau mungkin Boss baru anda tak begitu yakin dengan anda.. Semua ni kena tahu, untuk persediaan masa depan.

(e) berusaha, cepat kuasai kerja baru anda – ini no. dua terpenting selepas kenal Boss anda. Enam bulan – masa untuk kerani mahir kerja barunya… Empat bulan masa untuk eksekutif kuasai kerjanya, kalau pangkat besar lagi cepatlah… Kalau CEO, A.S.A.P.lah…

Tak kenal maka tak cinta, jadi kalau anda tak kenal betul kerja anda, tak mungkinlah anda akan cintakan kerja baru anda tu… Dah kalau tak cinta, maknanya…Finish!

3. Inspirasi, Rangsang Keseronokan
Okay, di meja baru – anda yang baru di situ tak tahu apa yang bakal anda hadapi. Tak mahir dengan kerja, tak faham dengan kerenah Boss, cabaran kerja baru…arghhh.. Semuanya memeningkan. Betul! Saya telah, masih dan sedang menghadapi semua itu. Tapi jangan tertekan sangat, apa yang anda perlu buat cuma satu, LAYAN…

(a) Anggap Cabaran itu Keseronokan – kalau kerja baru sukar, ikutkan saja, kalau perlu luangkan masa untuk belajar, memahirkan diri…silalah buat begitu. Kalau Boss anda cerewet, banyak kerenah, ikutkan saja buat pemulaan. Bertahan selagi mana boleh bertahan, bertabahlah hati…

(b) Cipta Keseronokkan – caranya, cari sesuatu yang boleh merangsang keseronokkan anda bekerja… Boleh jadi seorang idola, ketabahan dia bekerja buat anda rasa kagum. Boleh jadi ada seorang lelaki dengan senyuman manis, menerbitkan ceria di wajah anda setiap hari, atau seorang perempuan ceria yang baik hati, ikhlas membelikan anda kuih untuk minum petang… atau sesiapa sahaja yang boleh memberi inspirasi kepada anda.

(c) Sentiasa Positif – selalulah menjadikan kesukaran yang anda hadapi sebagai peluang untuk menang, peluang untuk menunjuk hebat. Dengan itu anda tentu berusaha untuk menang dan takkan sanggup tewas kepada kegagalan. Betul tak?

(d) Yang ini saya tujukan khas kepada teman-teman rapat anda (yang kena bertukar meja kerja tulah). Waktu inilah teman-teman patutnya main peranan. Inilah masanya, berilah sokongan, galakkan supaya dapat menghadapi situasi baru. Beri sokongan sampai anda dah benar-benar serasi dengan tempat baru.

Kalau anda ada teman yang jenis batu api, dan berlebih-lebihan pulak dia memusnahkan semangat anda untuk kerja bersungguh-sungguh di tempat baru, maka buatlah keputusan yang bijak – meninggalkan teman anda itu (tak perlulah putus kawan terus, asingkan dia sementara), sampailah anda dah benar-benar ‘masuk’ dalam dunia baru itu.

(e) Simpati & Percaya – kepada Boss yang bakal menerima orang baru, tentulah akan ada conflict. Mesti akan kerap membandingkan staf baru dengan lama, kerap merungut anda tak tahu buat itu ini dan tak yakin dengan anda. Sebab apa? Sebab anda baru. Jadi, dalam situasi ini kita perlu sesuatu… ‘Sabar’. Dan boss, tolonglah faham, faham kenyataan “anda dapat ‘budak’ baru”. So please give him/her sometimes to learn… Simpatilah sedikit, dia baru ditukarkan (bukan dia rela pun. Kalau dia punya pilihan, tentu dia sendiri tak mahu ber’boss’kan you). Anda pula, anda memang kena juga hadapi segala rungutan itu, tindakan terbaik untuk anda ialah bersabar. Itu saja!

4. Kecaman & Ancaman
Bunyi macam serius…kan. Bila anda ditukarkan, staf lain akan bergosip. Dalam bergosip tu akan ada pulak penggosip yang menambah kicap, macam-macam versi cerita akan diadun baik punya dan akhirnya akan tersebar satu pejabat. Nanti adalah yang cakap…

(a) punca pertukaran, jadi isu besar – Sipolan ni kena tukar kerja sebab… sebab… sebab… macam-macam sebab. Sampai kadang-kadang tak relevan. Sedikit sebanyak ia akan menjejaskan nama baik anda. Tapi anda tetap kena sabar jugak.

(b) penerimaan Boss baharu anda – ini memang benda pertama yang orang mahu lihat bila anda telah bertukar meja kerja. Nak tengok Boss baru suka anda atau tidak. Respond daripada Boss itu nanti akan jadi kecaman untuk anda – jika ia berbaur negatif.

(c) kadang-kadang dalam meeting jabatan/bahagian yang tak ada kena mengena dengan anda pun, hal ini akan disembangkan – ini bukti maha besar tentang busybodynya seseorang itu! Bila anda ditukarkan, anda kena sedar bahawa isu pertukaran anda akan di’highlight’ oleh pihak tertentu yang ‘superb busybody ni (what de fish)’. Dalam meeting pun mereka sanggup mencelah tentang kisah anda, tentang punca pertukaran, tentang penerimaan Boss baru, tentang layak atau tak anda di tempat baru pun akan diperbincangkan. Bukannya anda masuk dalam meeting itu pun… Sedih memang sedih, tambah pula kalau ‘superb busybody’ tu kawan anda sendiri, lagilah ‘bapak sedihnya’. Untuk jenis-jenis ‘superb busybody’ ni, tolong sedar satu perkara..”dinding pun boleh bercakap tau”, jadi tiada yang dalam mesyuarat, yang kononnya ‘off the record‘ akan benar-benar off daripada pengetahuan orang lain.

(d) Boss baharu anda, ia sebenarnya boleh jadi ‘peng-kecam’ yang mampu membunuh anda di meja kerja baru. Ya, betul. Tambah lagi jika Boss ni jenis kaki kritik, kaki tak tahu sabar, kaki asyik tak puas hati, kaki merungut… Cuma bukan semua Boss suka membuat kecaman. Ada yang baik, menegur cara halus, marah dengan berhemah. Boss-boss baik begini biasanya disenangi.

(e) Diri anda sendiri! Terkejutkan bila saya beri point ini. Benar! Jika dalam hati, dalam fikiran anda dah tersimpan rasa yang anda memang tak boleh bekerja di tempat baru, tak mahu berusaha di tempat baru, tak sanggup menghadapi cabaran di tempat baru… Payahlah jawapannya.

Ancaman sebenar yang anda hadapi adalah anda, diri anda sendiri. Sebaliknya, kalau anda bersemangat dan kental menghadapi semua yang baru, nah.. ancaman paling kuat ini dah berjaya anda tepis.

5. Putus, Putuskan!
Hmmm… Selepas beberapa lama anda berusaha di meja baru, anda sendiri akan dapat rasakan adakah anda sesuai, anda layak di meja itu, atau sebaliknya. Jika positif jawapannya, anda dah tentu putuskan sahaja untuk kekal di situ. Tak perlu lagi bersoal jawab dengan pihak atasan.

Itu kalau positif, kalau yang negati pula..bagaimana? Begini…

(a) Bawak berbincang dengan pihak Atasan – inilah yang terbaik. Jika semua dah dibuat, tetapi anda masih tak dapat menyesuaikan diri dengan meja kerja baru, Boss baru, kawan-kawan baru, kerja baru… Anda bawaklah berbincang dengan pihak Atasan.

Mana tahu ‘mereka rasional’, faham masalah yang menyulitkan anda. Mungkin anda akan dapat bertukar lagi ke tempat baru, tempat baru yang anda pun tak tahu lebih sesuai dengan anda atau sebaliknya. Untuk yang ini, anda kenalah mengulang balik tips yang saya nyatakan sebelum ini, daripada awal ya..

(b) minta tukar meja kerja daripada SM – untuk yang ini anda kena mengadap ‘menteri sumber manusia (SM)’ di syarikat anda bekerja. Beritahu dia tentang hasrat anda untuk bertukar ke tempat lain. Tapi sebelum anda pergi berjumpa, pastikan anda sudah bebar-benar sedia. Sedia apa?

Sedia begini… Satu, sebab anda mahu bertukar. Dua, ke mana anda mahu bertukar. Sebab dua-dua perkara ini boleh jadi ‘point‘ pihak SM untuk hentam anda balik – terutama, kalau salah beri jawapan bila mereka tanya untuk penjelasan lanjut nanti. Tapi ingat, jangan sesekali ‘menyalahkan ketua, atau rakan sepasukan’ sebagai punca anda mahu bertukar kerja. Ia kepantangan!

(c) cari peluang di luar – jika A dan B, jelas tidak berjaya menukarkan anda ke tempat lain yang lebih sejiwa untuk anda…maka beralihlah ke dunia luar. Carilah kerja lain, peluang lain, di tempat lain. Siapkan resume, mohon kerja baru dan bersedialah untuk peluang baru. Tapi ingat, jangan berhenti tanpa surat tawaran baru… Dah dapat surat barulah ‘challow bhai‘!

Akhirnya, kita kerja tujuannya mencari rezeki halal untuk santapan keluarga. Dalam kita cari rezeki, kita juga beribadah. Macam mana nak beribadah dengan baik kalau hati tak senang. Untuk senangkan hati dan membarakahkan lagi rezeki, kerjalah di tempat yang anda suka dan selesa. Orang kata rezeki ada di mana-mana… Cuma yang mana satu anda punya, di sini atau di sana…

InsyaAllah, segala ketentuan Allah itu ada baiknya untuk kita. Amin.

Advertisements

2 thoughts on “tips@top : Pindah Meja Kerja

  1. Saya bakal bertukar department 3 hari lagi, dipinang oleh bos department tersebut kerana perlukan staf yang berpengalaman dalam company. Awal-awal memang teruja kerana bigger opportunity coming in dari department yang bakal pergi ni. Tapi tetibe ada pulak suara-suara sumbang yang mengatakan saya bakal ditendang dari department sekarang kerana tak buat kerja. Saya agak down 2 hari ini…Tapi bila baca entry ni, datang pulak semangat untuk terus melangkah ke suasana baru tu.

    Nak hias meja cun2.

    Terima kasih daun keladi 🙂

  2. Hi Cik Puan Farah Fatimah Noorazyze Zainal,

    Terima kasih kerana membaca.

    InsyaAllah, jika kita kekal positif kita akan berjaya. Untuk tempoh seminggu dua ini abaikan dulu kata-kata negatif teman-teman awak tu, tentu mereka akan terdiam bila awak dah berjaya ‘tunjuk taring’ (kehebatan) di tempat baru nanti. Bertabah dan sentiasa sabar ya… Semuanya akan baik-baik belaka, jika kita terima dengan baik.

    Saya doakan Cik Puan Farah maju jaya di ‘meja baru’.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s