Skuad : Nice Performance, Tahniah!

Assalamualaikum wrt. wbt…

Hahaha riang ria saya nak bercerita tentang perkara ini – skuad jualan (syarikat tempat saya bekerja) berjaya di PBAKL 2014.

Nota: saya MINTA MAAF, nama syarikat terpaksa dirahsiakan. Big Boss tempat saya bekerja tak suka saya mention nama syarikat di blog peribadi, yang saya jadikan diari digital saya ini.

Sepanjang PBAKL (pesta buku terbesar di Malaysia), seperti sebelumnya, syarikat saya berkerja memang menyertai…masuk sebab nak jual produk, nak cari pasaran besar (perpustakaan sekolah dan IPT), nak cari network untuk projek-projek besar (tender kerajaan dan pihak swasta), nak perkenalkan produk baru, nak ikat janji baru dengan pelanggan sedia ada (kontraktor, pengedar dan ejen), nak cari nama dan publisiti, nak dapatkan ROI media, nak ‘solid‘kan (training) pasukan jualan, nak jual buku secara besar-besaran, nak hargai pelanggan (pelbagai tawaran untuk pelanggan setia), nak tarik pelanggan baru, nak…nak…nak…dan macam-macam nak lagi. (Panjangkan perenggan ini)

Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua pihak, pasukan jualan @skuad telah berjaya. Ya, ia lebih mudah bila semuanya di bawah kawalan kami sendiri. Seorang ketua dah cukup untuk mengatur sepasukan 35 krew bagi projek ini.

Pandangan peribadi, pada saya kunci kejayaan skuad adalah kerana satu perkara ini – ‘kerja dengan seronok’. Ya semua bekerja dengan senang hati, bukan bekerja sebab takut digertak, takut dimalukan dan takut sebab dicabar… Kali ini skuad kerja kerana mereka menghargai ‘kebebasan’ dan mereka usahakannya kerana ‘mereka sendiri mahu berjaya’, bukan lagi kerana disuruh-suruh.

Pun begitu, masih ada kelemahan dalam skuad yang perlu di atasi. Tapi bukanlah secara drastik, saya fikir ia perlu dibuat secara beransur-ansur. Beri peluang untuk semua memperbaiki diri masing-masing. Selepas PBAKL, tentu 35 krew ini menyedari kelemahan masing-masing. Kalau ada yang tak sedar, dia perasan diri dia sempurnalah tu… Dia ingat dia Nabi…ceh! Saya mengaku, dalam menyempur

nakan tugasan kali ini, saya kurang teliti sedikit, tapi masih boleh dibetulkan di saat akhir.

Berbalik kepada kejayaan skuad di PBAKL…saya patut ucapkan tahniah kepada Nuar (saya sebutkan nama sahaja kerana ucapan tahniah ini daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat). Tahniah kerana berjaya mengetuai 35 krew daripada awal Januari sampailah ke penghujung Mei 2014 (lepas Post Mortem selesai).

Saya memang sangat percaya, yakin dengan kepimpinannya dan apa yang diusahakan. Bila misi dan matlamat kita sama, jadi tak perlu mengkhianati satu sama lain. Saya yakin benar kerana kepercayaan itu!

Dan terima kasih jugalah kepada Nuar sebab beri peluang kepada saya berada dalam skuad dan buat kerja yang saya suka. Saya taklah berkisah sangat tentang ‘percaya atau tak’ Boss saya kepada saya bila menyentuh soal ‘attitute‘, pergaulan, kawan-kawan dan pandangan saya. Tapi saya memang memandang berat kepercayaan orang terhadap ‘tugasan dan kerja saya’. Percaya yang itu, sudah cukup…

Tahniah, tahniah dan tahniah… The BIG TAHNIAH goes to…skuad! Semua 35 krew, you all did the best! Tak boleh cerita banyak…

Masing-masing dalam skuad ada kelebihan yang menguatkan pasukan. Tahniah!

Keceriaan setiap seorang darinya mengembirakan yang lainnya. Tahniah!

Kerja keras setiap seorang telah memperkemaskan satu pasukan. Tahniah!

Dan sebaris doa setiap daripada kita (skuad), merialisasikan impian kita semua. Tahniah!

Untuk saya sendiri, suatu pembaharuan, lari daripada senarai semak! Begini… kami diberi senarai semak (alamak, saya elergic dengan perkataan senarai semak dan checklist, saya gantikan dengan CL selepas ini) dalam bulan Januari oleh Perunding Strategi. Saya dan skuad perlu mengikut, menepati CL itu supaya segala strategi yang diatur perunding berjaya.

Saya mengaku, 2 minggu saja saya gunakan CL itu, selepas itu saya laksanakan tugasan ikut gerak hati – yang penting ia memenuhi keperluan strategi, keperluan skuad. Sebab itu, ada beberapa perkara yang ditambah dan dikurangkan dalan tugasan saya…

Tapi setiap yang saya buat tetap akan dimaklumkan kepada Nuar. Kami berbincang sekali-sekali, mencuri masa saya yang berada dalam Jabatan lain… Aduiyyai! Itu kepayahan.

Bila anda kena memilih antara buat apa yang anda suka dengan yang anda tidak suka, jiwa anda memilih yang mana? Setuju..! Begitulah juga dengan saya. Ditambah dengan segala macam perkara (tumbuk bintang planet tulang), lagilah saya memberat ke skuad.

Apa-apa hal pun saya seronok sebab skuad berjaya. Saya seronok sebab menjadi sebahagian dari skuad… Manalah tahu kalau selepas ini tak dapat lagi menjadi sebahagian daripada skuad. Perkara begitu saya tak dapat jangka, sebab kuasa bukan di tangan saya.

Alhamdullillah, akhirnya berjaya! Dengan langkah sendiri, dengan senang hati, dengan gembira, kerja 11 hari dilalui dengan sangat ceria oleh 35 krew, skuad. Saat manis hanya untuk kita-kita (skuad) saja…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s