Rahsia

Assalamualaikum…
Bukan saya menyepi, berpatah arang, tak mahu lagi mengarang sesuatu dalam blog kesayangan saya ini (satu-satu blog yang saya ada). Cuma, betul, saya betul-betul sibuk. Mana PBAKL, dengan TIBF dan sebagainya. Semunya bagai mencekik leher!

Banyak draf saya sudah sediakan di kedua-dua telefon saya, cuma selalunya tak ada line (Internet) untuk post bahan itu. Lebih-lebih lagi semasa bertugas di PBAK – PWTC, memang bangunan itu macam menyekat line.

Pasal kerja PBAKL, nanti saya update dan postkannya. Post dah dibuat 1 Mei lalu – hari yang pengunjung PBAKL cecah sampai 800,000 orang (kiraan tak rasmi daripada penganjur).

Satu lagi post, esok, nanti saya postkan. Ia tentang ‘perhimpunan bantahan GST: antara pembantah yang dungu dan pengambil kesempatan yang bijak’. Saya siapkan pada 2 Mei, lepas membaca laporan akhbar Berita Harian.

Kali ini RAHSIA.

Ada RAHSIA yang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Macam jodoh, pertemuan, rezeki dan ajal…semua percaturanNya. Kita sebagai hamba harus terima, tapi jangan pula bersenang-senang menadah tangan saja. Kenalah usaha dan tawakal untuk meraih yang rahsia itu. Dan bila kita terima ‘rahsia yang mendukacitakan’, terimalah juga takdirNYA dengan redha. Anggaplah ia ketentuan Maha Pencipta dan siapalah kita mahu mempersoalkannya.

Ada juga RAHSIA, yang walau bagaimana disembunyikan akan tetap diketahui orang. Contohnya macam bonus, kenaikan gaji, pangkat, staf baru… semua patutnya rahsia, tapi selalunya akan adalah ‘soksek-soksek di belakang mengenainya’. Betul! Antara yang dirahsiakan dengan sesuatu yang dijangkakan, pada beberapa kes – ia ‘tak lari jauh’ (sama-sama TST @tahu sama tahu maknanya dalam ertikata sebenar).

Hahahaha… Skuad jualan syarikat saya di PBAKL tahun ini beraksi cemerlang. Bukan saja dapai mencapai sasaran jualan (tunai dan listing), tetapi semuanya berlangsung dengan baik mengikut perancangan. Tanpa kawalan perunding perniagaan, kami bergerak dengan gaya dan langkah sendiri. Tahniah kepada semua! Jadi, bolehlah diharapkan ‘persembahan’ yang baik itu akan mendapat imbuhan dalam bentuk bonus di tahun ini… Insya-Allah.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s