Masa Indah Pantas Berlalu

Assalamualaikum wrt. wbt.

Lama sungguh tak menjengah laman blog kesayangan saya ini. Tak berkesempatan. Terlalu sibuk dengan PBAKL’14.

PBAKL, masih berbaki dua hari lagi… Esok, lusa, selesailah. Hmmm, masa-masa indah pantas berlalu… Yes, absolutely right!
Alhamdulillah! Setidak-tidaknya saya dapat selesaikan PBAKL tahun ini. Risau kalau tahun akan datang tak dapat merasa dah…

Saya tak pastilah, tapi sejak di jabatan baru ni, mood saya kerap berubah-ubah. Hmmm, kadang-kadang terfikir jugak kalau-kalau dah makin hilang rasa sabar dalam diri.

Bila saya di jabatan lama dulu, saya jarang marah sebab di situ saya lebih tenang. Mungkin sebab saya tak berdapan dengan situasi tegang, apatah lagi semua di situ tenang-tenang belaka, daripada orang bawahan sampailah ke Boss. Bukanlah kata kami dulu tak hadapi masa sukar, ada jugak! Cumanya ia dihadapi dengan tenang-tenang aje…

Rupanya apa yang berlalu itu, yang tadi tu adalah masa-masa indah untuk saya. Masa bersenang, masa seronok dan masa bergumbira…

Dan mungkin juga nanti, satu masa nanti, saya juga akan terasa bahawa masa-masa saya di jabatan baru ni adalah saat yang indah untuk saya…

Eh…macam mana? Confuse? Teorinya begini…

Apabila kita kehilangan sesuatu, barulah kita akan terasa sesuatu, selepas kita sedar akan sesuatu. Confuse lagi?

Macam ni, kalau nanti saya diarahkan bertukar jabatan atau bahagian lain. Atas alasan makan gaji, saya akur (atau dalam kata lain, terpaksa akur)… Dan seperti arahan, saya pun ber’diam’lah di bahagian baru.

Masa itu, masa di tempat baru itu, tentu saya akan berasa ‘beruntungnya saya dahulu di tempat lama’… Dan waktu itu, saya akan menanggap yang berlalu itu adalah ‘yang indah’ untuk saya.

Kena selalu ingat, indah itu selalunya bermula dengan ‘pahit’.

Jadi saya berharap sangat, saya jumpa ‘indah’ di jabatan baru ini. Selagi boleh saya mahu bertahan di sini. Moga Tuhan sentiasa alirkan ‘jiwa-jiwa’ sabar untuk saya. InsyaAllah.

Assalamualaikum…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s