Cinta Habuan Terindah

Assalamualaikum dan salam cinta semua…

Sepanjang berblog, cuma beberapa kali saya sentuh isu ini. Saya sebenarnya kurang yakin mahu bercerita tentang ‘cinta’, sebab saya selalu berasa bahawa ‘love is not my games’. Sebab itu, saya mudah kecewa bercinta dan selalunya ‘natijah’ cinta kepada saya adalah sangat, sangat dan sangat berat. Iya, betul-betul berat!

Tapi secara peribadi, bercinta adalah sesuatu yang mengasyiknya. Itu adalah masa untuk… ‘melayan dan dilayan’, ‘merayu dan dirayu’ dan termasuk juga ‘mengada dan mengada-ngada’.

Dalam tempoh ini kita menikmati indahnya rasa bahagia, rasa dimiliki dan memiliki, rasa mencintai dan dicintai. Itu indahnya…

Tapi ada juga keperitan dengan cinta, iaitu bila cinta itu sendiri adalah dugaan yang tuhan berikan. “Ya tuhan, mengapa dugaan sebegini menimpaku?”

Kalaulah kata-kata begini terpancul di benakmu, maka inilah jawannya…”Tuhan hanya menduga umatnya yang mampu menghadapinya…”

Jadi cuba fikir begini…
Pertama kali anda jumpa seseorang dan terpikat dengannya – ini Cinta Pandang Pertama. Kemudian anda mencari jalan dan ruang untuk mengenalinya.

Anda berusaha lagi untuk bertemu dan berkenalan dengannya. Selepas beberapa lama, anda mungkin sudah berkawan… Cinta sudah benar-benar sangat besar dan berseri dalam hatimu. Wow!

Ingat satu perkara, “lahar cinta sangat panas” sampai orang lain boleh mengagak kewujudan cinta dalam diri kita. Malah tindak tanduk dan naluri kita berubah sedikit demi sedikit nanti, tanpa disedari.

Anda cuba bertindak lebih agresif, berdoa lebih kerap, sentiasa berharap, merayu supaya dapat bersama…

Hmmm… Itu permulaan kisah cinta. Penghujungnya, itu Tuhan punya kuasa. Andai ditakdir ‘pungguk akan sunyi sendirian’, maka bertahan, bertabahlah kerana itu sudah rancangan yang maha Esa.
Sebaliknya pula, jika yang maha Esa mengatur ‘cinta itu’ jodoh anda, maka bersyukurlah, kerana anda telah memiliki satu habuan terindah dari Allah SWT.

Selamat menemui cinta…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s