Tanda ? dan Tempat Kosong

Morning, Assalamualaikum semua.

Terima kasih kerana singgah di blog yang tak seberapa ini.

Hidup kita penuh dengan tanda ‘?’. Kan! Kalau saya sekarang ini, biasa sangat dengan ‘?’ tentang jodoh, kerjaya, masa depan, harapan… Itu isu besar, yang bila disentuh setiap satu ada banyak ‘?’ Bagi ‘?’ kecil pula… Dan kita tetap perlu membuat keputusan dalam hidup!

Contoh, jodoh; Boyfriend/girlfriend? Ada/tak ada? Sesuai? Duit? Kerja? Rumah? Solat? Keluarga? Umur? Sosial? – semua soalan nanti memerlukan jawapan, macam isi tempat kosong (_____), sampailah kita akhirnya berani buat keputusan.

Bila kita dah dapat jawapan, contohnya begini- jodoh; Boyfriend/girlfriend? of coz bf, Ada/tak ada? tak, Sesuai? ntah, Duit? ada, gaji, Kerja? kerja, Rumah? menyewa, Solat? agaknya, Penerimaan keluarga? ntah, Umur? muda, Sosial? mungkin

Ada pihak akan mentafsir jawapan itu itu untuk kita. Boleh jadi kawan rapat, keluarga, atau kadang-kadang masyarat sekeliling yang kita tak minta pun dia masuk campur. Dan ada masanya, kita sendiri keliru dengan jawapan yang diterima, contoh; ntah, agaknya, mungkin – semua itu, sesuatu yang kita sendiri pun tak pasti…

Akhirnya kita tetap terpaksa membuat keputusan. Bagi setiap persoalan dan tempat kosong yang dah berisi, hanya kita yang berhak memutuskan sesuatu. Jangan beri hak itu kepada orang lain. Cukuplah sekadar mengucapkan terima kasih kepada ‘mereka’ yang sudi mentafsir jawapan pada soalan dalam hidup kita. Selebihnya di tangan kita.

“Ikut hati mati, ikut rasa binasa” Jadi nak ikut apa? Ikutlah fikiran yang waras. Selamat membuat keputusan dalam hidup.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s