Masa Gelap Takkan Selamanya Suram

Masa yang baik (indah) pantas berlalu. Hari ini Sabtu, hari saya bersenang-senang.

Masa Indah…
Pagi, saya maraton sendirian menonton Fairy Legal – empat episod. Tengah hari, saya makan nasi dan sambat tumis ikan bilis…favourite saya. Petang, ke pejabat, siapkan kerja-kerja yang tak pernah sudah. Misinya cuma satu, mengurangkan bilangannya…walaupun ia tak pernah habis. Malam nanti, tonton Fear Factor dan cerekarama menyayat hati.

Hari ini akan berlalu, begitu juga esok. Ahad akan muncul dan hilang kembali.

Masa Yang Tidak Pernah Indah…
Isnin yang selalunya sangat kusut. Selasa padat dan Rabu, saya rasa sempit, dunia saya semakin padat. Khamis saya sakit jiwa. Akhirnya Jumaat, seakan sesak nafas.

Masalah kerja, masalah ‘human‘, masalah ‘politic human‘, masalah pejabat, masalah diri sendiri, ego, kesungguhan, penghargaan, kewangan, nilai diri, sakit hati, jiwa terhiris, luka kecewa dan berbagai. Sungguh menyeksaku! Kalau dapat dikaji dari dulu, tentu saya dah lama angkat kaki. Tapi apabila ia sudah sebati, malah menjadi sangat sebati – saya tak boleh lari lagi. Anggapkan ini takdir dan siapa pula saya nak mungkir. Ditakdirkan, saya terpaksa terima dengan ikhlas. Redha dalam senyuman. Sebab tak ada sesiapa yang tahu rahsia di hati.. Kan!

Impian untuk Masa Indah.
Bila malam saya berangan-angan esok paginya saya mahu bangun lewat. Kemudian mengemas rumah, petang menonton wayang atau berkaraoke dengan yang tersayang (bayangkan kalau ada) dan menghabiskan malam bersamanya.

It’s a dream, a wonderful dream that I wish I can have. May be not now, but one day, InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s