Adore

Assalamualaikum.

Susahnya untuk saya menyudahkan post yang sudah didraf entah berapa kali ini. Selepas post tentang ‘Meraikan Hari Jadi Sendirian’ memang banyak post saya cuba tulis, tapi semuanya tak dapat dihabiskan…berakhir sebagai phone draf sahaja.

Saya sendiri tak pasti tentang topik yang mahu dikisahkan. Tentang rasa, tentang mimpi, cita-cita dan impian, tentang cinta, jiwa yang marah, kepayahan dan kegilaan…semuanya tak menjadi.

Malah bila saya cuba menulis lebih ringgan, alahai sama saja sudahnya… Saya merangka tentang sebuah drama bersiri. Kegemaran saya,pun sama… terperap sebagai draf lebih kurang seminggu.

Fairy Legal… Mungkin bukan sebab drama bersiri itu sendiri, tapi sebab pelakonnya, Sarah Shahi.

Saya suka Sarah Shahi ni daripada dulu, zaman-zaman belajar. Sarah Shahi pernah berlakon dalam filem Jackie Chan, dan yang paling popular drama bersiri ‘The L Word’ – drama tentang masyarakat LGBT. Lama dah cerita tu… Terakhir saya menontoh siri tv yang meletakkan dia sebagai tunggak utama ialah Fairy Legal. Saya habiskan musim 1 siri itu agak lama kerana kekangan masa saya. Sekarang Diva 702 sedang tayangkan musim 2, yang saya pasti tak mungkin terkejar.

Sarah Shahi, bukan ‘the only word’ dalam namanya. Nama sebenar, Aahoo johansouz Sarah… (panjang dan pelik), tapi nama ayahnya cuma Shahi.

Sarah dalam kebanyakkan filem, drama TV selalu nampak serabai, dia suka berwatak serabai. Tapi semua watak lakonan dia menunjukkan ‘she smart in her own way’. Pun begitu, bila bergaya memang sangat cantik, lebih-lebih lagi bila mengenakan skirt pendek dan menampakkan kakinya, cantik macam kaki model.

Iyalah, dengan badannya yang macam model, kurus tinggi lagi.. Mungkin gemar bergym, itu yang kakinya berotot tu! Kaki berotot ni, idaman ramai perempuan tau. Dan kalau saya kurus, alangkah bertuahnya jika saya tinggi dan berkaki seksi macam tu… Pergh, cun kan!

Ini post ringan yang termampu saya sudahkan. Terima kasih kerana membaca.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s