tips@top : Meraikan ‘birthday’ Sendirian

Assalamualaikum…

5 Mac, tarikh ini sangat bermakna. 30 tahun dulu saya lahir, no! 31 tahun dulu…

Aduiyyai…! Bukan saya mengeluh kerana angka 31 itu, tapi sebab pada tahun ini saya meraikannya seorang diri. Nothing to be weird pun! Cuma iyalah…hmmmm… [fikirlah sendiri alasannya]

Dalam seumur hidup, anda pasti akan merasai perkara ini, paling tidakpun, sekali. Anda memang bernasib baik kalau setiap kali birthday anda, keluarga dan kawan-kawan ada di sisi.

Bagi yang bakal menyambut birthday sendirian, saya bagi cara bagaimana meraikannya:

1. Bangun dengan ceria – hey, it’s your big day….nikmatinya! Kalau bangun lewat menggembirakan anda, buatlah. Tapi jangan lewat sangat. Nanti tak sempat nak buat aktiviti lain pulak…!

2. Serikan harimu – dah bangun, mandi dengan air panas, segarkan diri. Berwangi-wangilah! Kalau boleh berbaju baru ya… Bersiap, bersolek cantik dan bergaya…

3. Hari untuk ‘melantak’ (boleh ambil unhealthy food, asalkan halal). Jadi, kalau hari lain sarapan makan biskut dan roti saja, pagi ni makan besar….

4. Movie timeenjoy filem kelakar dan romantik. Jangan tengok cerita seram pulak… Tak kena dengan ‘mood‘ pulak nanti. Walaupun menonton seorang, tapi kalau filem itu kelakar, layan jugak babe

5. Lunch – lagi, makanlah ikut suka. Kalau boleh di restoran yang mahal sikit. Jangan lupa ambil gambar dan upload di laman sosial.

6. Birthday present – ini WAJIB!  Beli apa saja yang anda inginkan sangat-sangat, walaupun selalunya anda seorang yang sangat berkira tiap kali nak beli apa-apa… Beli jelah, tak payah nak berjimat sangat pada hari  istimewa ini (asalkan ada duitlah).

7. Nyanyilah, kasi meriah – ini ramai orang suka, tapi tak nak buat sebab? Malu…! Pergilah berkaraoke! Memang anda sendirian, tapi tak ada hal sebenarnya, ambil satu bilik nyanyilah sorang-sorang. Kalau anda malu, begini caranya…
-1- bayar room kecil
-2- beli dua air (supaya nampak macam anda berdua)
-3- nak lagi real, buat-buat  call kawan dan beritahu no bilik (seolah-olah nak beritahu casher yang kawan anda sedang dalam perjalanan @ otw…)

8. Dinner – masih di restoran yang mahal sedikit, cuma kali ini cuba hidangan barat pula… Jangan risaukan saiz anda, takkanlah naik sampai 10kg dek kerana makan banyak sehari, itupun pada hari jadi sendiri. Makanlah apa saja, asalkan anda gembira.

9. Rehatkan diri – ini untuk yang sentiasa sibuk ‘kerja’, yang selalu tak ada masa untuk diri sendiri. Kalau ada rasa ber’spa’ merehatkan, pergilah… kalau anda rasa menikmati pantai beri ketenangan, carilah pantai… Dan kalau yang spesis saya, melepak di rumah itu adalah berehat, jadi duduklah melepak di rumah sambil buat aktiviti riadah yang anda suka.

10. Feel free – terakhir ini kemestian. Anda perlu buat apa yang anda suka buat. Kalau rasa nak makan aiskrim depan TV sepanjang hari, buatlah. Rasa nak berpakaian seksi di rumah, pakai saja. Rasa nak berdating seharian dengan ‘encik abang’, pergi sajalah wehDo anything you like as long as tidak melanggar undang dan bukan perkara yang terlarang di sisi agama.

Semoga hari istimewa bagi anda ini, kekal menjadi hari yang tetap istimewa, sama ada berteman atau anda meraikannya sendirian.
Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran!

image

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s