Ketakutan dan Pilihan

Assalamualaikum, selamat membaca blog a.k.a diari elektronik saya.

Dah beberapa minggu saya di Jabatan baharu. Asasnya, kerjanya lebih remeh daripada yang sebelum ini. Tapi ia bukan lagi tugas menyudahkan kerja orang lain. Itu bagus!

Pun begitu, oleh sebab ia berkait rapat dengan produksi, yang diluar pengetahuan saya, jadi susahlah sedikit.

Tak ada kerja yang senang, kalau kerja sendiri pun kena usaha…inikan pula makan gaji dengan orang.

Hari-hari saya terfikir, sampai bila saya nak hadap kerja yang sama, terima gaji yang sama… Saya tahu gaji takkan sama, sebab setiap tahun naik gaji, tapi paling hebat pun naik seratus je, takkan lebih…

Ini kalau cakap banyak isu ini, orang kata tak bersyukur pula. Syukur, bersyukur sangat sebab ada kenaikkan. Sebab itu kita sentiasa doakan agar segala usaha syarikat menjadi dan mudah-mudahan beroleh untung besar. Cumanya, kos hidup kian meningkat, tanggungjawab makin besar…

Saya kadang-kadang terfikir jugak, “adakah saya salah buat pilihan..” Sebab, saya sebenarnya ada beberapa peluang untuk ‘keluar’, dulu..dululah, cuma saya sendiri berasa sangat berat hati ‘meninggalkan’. Jadi saya putuskan untuk ‘tetap’ saja.

Usahlah disesali, hakikat hidup ini… – (Khadijah Ibrahim)

Sekarang ni pula, makin kerap saya terfikir, ‘termengelamun’ situasi yang menyesakkan saya… “Kerja dah dekat 10 tahun, masih tak ada sesuatu yang boleh dibanggakan, tak ada ‘kemajuan’!”

Cuma kalau boleh saya raikan, saya seronok sebab mampu hantar duit untuk mak abah saya setiap bulan, dapat berbelanja besar untuk mereka bila dapat bonus dan bawa mereka berjalan sekali-sekala.

Untuk diri sendiri, tak ada apa yang hebat. Bila majikan kata dia tak nampak performance saya – saya patut kata apa? U tak tengok dengan mata hati… (tak mungkinlah saya dapat cakap begitu). Biarlah, InsyaAllah Tuhan sentiasa nampak.

Saya sedikit kecewa tapi saya faham ‘orang atas tak akan nampak apa yang kita kerjakan, sebab dia bukan duduk sebelah kita tengok kita buat kerja’.

Kembali kepada saya… Ya saya mungkin kena tinggalkan kerja dan tempat ini jauh-jauh, sebab kadang-kadang saya rasa macam hilang ‘soul’… Hilang jiwa. Sebelum saya jadi lagi parah, saya perlu buat sesuatu.

Apa saya patut buat ya…

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s