Sudah Seminggu

Assalamualaikum
Terima kasih kerana masih menjengah laman ini, walaupun anda tanpa sengaja telah dibawa oleh carian Google mahupun Yahoo dan yang seangkatan dengannya tanpa rela.

Menyambung kisah hidup, saya kini sudah seminggu di jabatan baru. Lepas setahun di ‘jabatan mencari duit dan ROI’, saya dipindahkan pula di ‘jabatan nadi utama syarikat’ – produksi.

Awalnya saya kecewa gila dengan berita pertukaran ini. Tapi saya, kalau kenal saya – saya memang begitu. Saya selalu memberi masa kepada diri sendiri untuk melayan rasa ‘frust‘, saya ambil seminggu. Sedih, frust, marah-marah. Lepas tu saya malas nak layan dah.

Bila penyakit malas saya dah datang, dah tenang-tenang…barulah saya dapat berfikir secara rasional. Dan saya faham bahawa pertukaran ini tak bawa apa-apa kesan negatif pun pada saya. Cumanya saya akan terus kehilangan skil PR yang saya pernah ada.

Macam akauntan, bila dah lama tak praktikan skilnya, dia dah tak boleh lagi jadi akauntan. Nak mohon jadi charted accountant lagilah tak boleh… Yea idak!

Saya tinggalkan yang negatif kat belakang dan senaraikan yang positif – yang saya boleh dapat kalau saya bersungguh-sungguh di jabatan baru…hmmm saya rasa kelebihannya adalah ‘ilmu pengurusan dan pengendalian projek’.

Walaupun ia lebih kepada mendapatkan maklum balas, respons, tapi saya anggap ini ruang untuk melihat bagaimana ketua menyelia kumpulan yang lebih besar dan inilah masanya untuk mengumpul sebanyak mungkin kemahiran mentadbir, mengurus dan mengendali krisis.

Kenapa saya kata krisis, sebab dulu saya ada belajar ‘crisis management’, tapi ia sebenar teknik dan kaedah bagaimana untuk menghadapi masalah dan bagaimana pula kita bertindak untuk menyelesaikan masalah itu.

Oleh sebab jabatan baru ini, produksi — jadi saya rasa akan ada banyak isu, masalah dan cabaran. Iyalah, kan selalunya production-lah yang akan diserang dulu sebelum jabatan lain-lain. Sebab apa? Sebab ia tempat penyedia khidmat…

Tapi kat sini, kat jabatan baru ni, saya tabik springgggsss-lah dekat semua rakan sekerja, diorang punya greetings kat saya, ucap selamat, selamat datang bagai…memang rasa macam very welcoming.

Ada jugak yang ucap tahniah, mungkin depa ingat saya naik pangkat — sebenornya tidak! Tak kesahlah pasal pangkat tu, dah memang tak ada rezeki gamaknya. Biarlah deme tak nampak kita buat kerja pon, asalkan kita betul-betul buat kerja, Tuhan nampak.

Jauh disudut hati saya, kadang-kadang saya berasa, saya ini memang tidak bertuah untuk berjaya dalam kerjaya. Mungkin rezeki saya di tempat lain, tempat yang belum saya terokai.

Insyaallah, semoga satu hari nanti saya jumpa dan dapat juga merasa jadi orang yang berjaya. Nak berjaya bukan untuk diri sendiri, saya nak mak abah saya happy, nak diorang senang lenang dan nak diorang merasa cukup semua, bahagia!

Pasal tukar kerja…Ini cerita kisah saya yang Tuhan dah tulis siap-siap, saya pelakonnya saja — mainkan watak saya sebaiknya. Ini mungkin jalan yang Allah SWT tetapkan untuk saya tambah ilmu pengetahuan.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s