Tangan Yang Menepuk Bahu

Assalamualaikum,

Saya rancang untuk tulis post ini semasa saya menghadiri Perutusan Tahun Baharu dan Perhimpunan Bulanan, tempat saya bekerja.

Alhamdulillah, saya sudah mula menerima hakikat, bahawa saya perlu mengikut saja arahan, saya tiada kuasa menolak sesuatu yang diaturkan untuk saya oleh majikan. Sebab saya kuli saja, ikut lah Ya Malik (tuan). Alhamdulillah, semoga saya terus sedar diri dengan kedudukan saya.

Lagipun mungkin ada yang akan gembira dengan perpindahan saya nanti. Itu kan baik, saya buat mereka happy. Pun begitu saya masih rasa resah, galau juga mahu meninggalkan apa yang bakal saya tinggalkan nanti. Website baharu, rancangan ecommercebelum sempat pun baby-baby ni muncul – saya takut di tangan orang lain nanti ia tak terjaga. Kemudian mailchimp, sistem dapat – saya pernah ajar, tapi mereka macam tak berminat. Yang paling saya bimbang, pesta buku! Satu lagi, boss saya.

Boss saya kali ini (sebelum saya bertukar) tak sama macam boss lain sebelum ini. Saya pernah dulu menulis sebuah artikel tentang sifat dan perilaku golong boss – itu berdasarkan kajian yang dibuat oleh satu pasukan motivasi terhadap boss-boss di Malaysia dan saya hanya tuliskan yang baik-baik saja. Saya cuba cari persamaan dengan satu antara boss yang saya kemukakan dalam artikel itu, ada yang sama tapi kurang tepat.

Ia seperti ‘tangan yang menepuk bahu’. Bila lari laju sangat, menahan supaya tak jatuh. Bila tertinggal di belangkang, beri semangat. Bila terjatuh dan tak larat nak teruskan, dipimpin. Bila terduduk berputus asa, memujuk bermula semula. Bila letih, ia tak pernah letih…

Saya setiap kali berhadapan dengan boss (dulu-dulu), dalam kepala otak saya keluar bubble (fikiran jahat: kalau aku ni ditakdirkan jadi boss, aku tak nak jadi boss macam dia ni.. sebab…aduiyyah…) Tapi boss yang ini.. (okaylah..). Sebab ada beberapa kualiti padanya yang saya suka. Macam dia bertimbang rasa – bagus. Fikir tentang masa depan, kesulitan dan keadaan staf bawahannya – ini semua bagus. Bersemangat dan dia sendiri usaha – tak tunggu staf saja yang gerak. Banyak info – dia rajin study. Meraikan staf – kalau staf berjaya, dia akan celebrate. Staf suka tau dihargai begitu…

Untuk Encik Anuar (kalau dia terbaca post ini), terima kasih banyak atas kepercayaan dan sokongan yang diberi kepada saya selama ini. Bila saya staf Encik Anuar, saya harap sangat saya berjaya jadi pengikut yang menyokong (dengan tindakan ya) bagi semua usaha yang Encik Anuar rencanakan. Bila saya cuma kawan Encik Anuar, saya berusaha membantu sebaik mungkin walau apa pun bendanya, mudah-mudahan kesulitan Encik Anuar dapat di atasi.

“Jangan patahkan impian seseorang staf, kerana dalam impiannya itu ada usahanya dan dalam usahanya ada doa yang tidak putus. Percayalah, bila kita menyokongnya, sebaris ayat dalam doa itu menyebut tentang ketuanya dan jika dikabulkan Allah, akan bersinarlah hidup nanti…InsyaAllah.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s