Enam Kali

Assalamualaikum

Hari ini saya berasa sayu sangat. Ntah kenapa… Kerana Shikin Alias (kawan sepejabat) yang akan bertukar kerja di Malaysia Institue of Accountant (MIA). Taklah, saya gembira dengan rezeki barunya. Tahniah.

Perkembangan kerjaya Shikin itu mengembirakan, tetapi pemergiannya nanti akan mencuit sedikit garis kerjaya saya – kalau sungguh bagai dikatalah… Khabarnya saya akan bertukar jabatan, lagi, menggantikan Shikin. Bukan naik pangkat [jangan salah faham], cuma bertukar jabatan… Sekarang ni saya di sales n markcom, nanti mungkin di production!

Cerita macam ni cepat menular. Shikin sendiri tahu tentangnya dan sempat bersembang dengan saya, katanya, “sabar, bertahan. I know you can do it..”

Yes, I know I can!

Tapi pada saya, persoalannya bukan itu – saya tak kisah apa kerjanya, saya tak peduli siapa ketuanya, saya juga rela dengan cabaran yang bakal dihadapi.

Cuma, saya rasa sedih, sebab bagai dibola-bolakan.

Sebelum ini, saya kerja dengan beberapa bos. Dari praktikal sampai sekarang sudah enam ketua..

Saya sendiri kerja dah hampir lapan tahun, lima kali bertukar jabatan/bahagian. Kalau anda di tempat saya anda rasa apa?

Kalau jadilah saya ditukarkan, sudah enam workstation saya berubah. Saya cuma kesahkan apa yang akan saya tinggalkan nanti…sebab semuanya kesayangan saya…

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s