tips@top : 2014 Tahun berhemah

Assalamualaikum.

01.01.2014 – Kita sudah di tahun baharu. Baru semalam kita melewati penghujung 2013. Anda raikannya di mana?

Saya ikuti program anjuran IKIM di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju. Forumnya tentang azam baharu, bagaimana ia harus sesuai dengan kemampuan diri, sambil tidak menjadikan kegagalan mencapai azam tahun lalu sebagai halangan.

*Pengenalan* 

Sebelum 2014 menjengah lagi, kita sudah dimaklumkan tentang kenaikan barangan tertentu yang akan bermula masuk saja tanggal 1 Januari 2014. Suka atau tidak, ia tetap sesuatu yang perlu dihadapi. Saya kurang senang dengan segelintir masyarakat yang bertindak memaki hamun, mencaci pihak kerajaan berhubung isu ini.

Usul rakyat, benar. Mereka mahu semua harga barang diturunkan, kalau boleh percuma — lagi mereka suka. Saya pun suka!. Memang harga barang tidak patut dinaikkan. tapi tindakan seglintir masyarakat yang mencaci maki tidak tepat dan tidak mencerminkan bangsa Melayu yang bertamadun, berbudaya. Berdemonstrasi — semua akhirnya memecah belahkan melayu disamping terus memperkayakan orang tengah (pedangang dan pengeluar) barangan yang harganya meningkat naik itu. Kita, bangsa Melayu yang yang menjadi pengguna (pembeli barangan) dan peniaga kecil-kecilan (peruncit) masih perlu membiayai (menghadapi) kenaikan itu.

Bila mahasiswa bertindak jadi pejuang, rasa hebat, pejuang muda — tapi mereka sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sebenarnya diperalatkan. Teruslah menjadi alat demi kepentingan pihak lain yang sebenarnya kita tak kenal pun. Pihak ini cuma menarik selimut semasa pejuang muda galak merempuh halangan polis, pihak ini senyum saja menonton kemaraan pejuang muda di laman Youtube dan siaran berita TV, yang mereka tahu ‘jarum’ mereka sudah berjaya menembusi daging generasi muda Melayu. Orang Melayu dapat apa?

Cuba kita fikir rasional tentang kaedah yang boleh kita gunakan untuk menghadapi masalah kenaikan harga barang ini… BERJIMAT dan BERBELANJA SECARA BERHEMAH.

*Part 1* : Masalah, Cabaran 2014

2014 – pada saya sebenarnya ia adalah tahun untuk berhemah. Mana tidaknya, belum pun datang 2014, banyak yang kita dengar tentang kenaikan harga barang dan keperluan.

Saya mahu fikir dalam lagi…
1. Bil elektrik, Astro, tambang teksi, tambang perkhidmatan awam semua naik
2. Minyak petrol naik harga
3. Kebanyakan harga barang makanan naik sebab harga minyak petrol naik.
4. Kemungkinan tiada bonus dan kenaikan gaji akibat daripada jumlah pendapatan berkurangan.
5. Pendapatan berkurangan kerana strategi jualan dan promosi tidak berjaya oleh sebab kebanyakan syarikat buat program penjimatan.
6. Kenapa berjimat, kerana mahu mengurangkan kos operasi.
7. Inflasi mungkin juga berlaku
8. Lebih banyak hutang wujud. Ramai yang terpaksa berhutang untuk membeli keperluan (dengan kad kredit), gaji sudah tak cukup lagi untuk tampung perbelanjaan seharian.
9. Bertambah juga orang yang akan buat hutang peribadi sebab apa, sebab tak dapat bonus untuk belanja besar, kenduri kahwin dan sebagainya
10. Ekonomi negara akan menjadi tidak stabil. Kita akan alami krisis ekonomi seperti 1998. Dan kita perlukan perancang ekonomi seperti Tun Dr. M.

*Part 2* : Langkah, Panduan Menghadapi 2014

Sebagai langkah berhemah agar kita dapat survive menghadapi cabaran 2014, saya senaraikan panduan yang mungkin boleh membantu…

1. Jimatkan bil elektrik dengan off-kan semua suis elektrik bila kita selesai menggunakannya. Contoh, lepas guna charger, off dan cabutkanlah ia dari soketnya. Berkenaan bil yang akan naik, saya cadangkan kurangkan semuanya. Tak perlu langgan Astro – jika ramai pengguna boikot, perniagaan mereka akan terjejas. Akhirnya nanti mereka juga akan turunkan kos mereka dan harga langganan juga akan kembali normal.
2. Tentang kenaikan harga barang (makanan), saya syorkan kita beli sebanyak keperluan sahaja. Tak perlu membazir. Tidakkan cara ini mengajar kita bersyukur, rasai penderitaan orang di negara miskin, kepayahan mendapat makanan di Sirya. Boleh jugalah kita menjaga diri kita, agar lebih  sihat bila kita kurangkan gula, kurangkan kolestrol dari minyak, dan sebagainya.
3. Selain itu, jangan gunakan kenderaan awam. Apa kata jika anda gunakan motosikal, ia lebih menjimatkan. Jika anda larat mungkin anda boleh berbasikal saja (jarak yang dekat). Kalau mahu berkereta, baik berkongsi kereta – dapat eratkan hubungan sambil berjimat lagi.
4. Simpanan wajib – saya syorkan simpan RM100 setiap bulan dalam akaun Tabung Haji. Sorokkan bukunya sampai anda tak ingat lagi letak di mana. Tabungan ini gunakan nanti bila perlu sahaja, masa terdesak ya… Kalau berhajat beli sesuatu, jangan berhutang. Kecualilah kereta dan rumah…mana mampu nak beli secara tunai..kan.
5. Kurangkan aktiviti berhibur. Sebagai ganti ikuti aktiviti komuniti, aktiviti di masjid atau di surau. Kelab-kelab sosial di pejabat pon boleh..
6. Bercuti dalam negara – lagipun tahun ini, Tahun Melawat Malaysia, tentu banyak pakej percutian yang murah. Dan Malaysia pun tak kurang tempat yang menarik.
7. Cuma untuk setahun ini, ya setahun ini — kita sekatlah sedikit belanja keperluan dan keraian. Kalau dulu, sarapan RM5, makan tengah hari RM10 dan makan malam juga RM10, kali ini kita jimatkan, hanya RM10 sehari. Kita boleh bawa bekal dari rumah, makan biskut kering dan roti. Mudah-mudahan kita boleh diet jugak..kan
8. Sebagai langkah berjaga-jaga seandainya anda tak dapat bonus dari syarikat tempat anda bekerja, maka anda janganlah merancang untuk membeli gajet atau kereta baharu. Ini agar anda sendiri tak kecewa nanti. Kalau pun ada sesuatu yang ingin anda miliki, usaha kumpulkan duit untuk membelinya. Tak payahlah diharapkan pada bonus atau imbuhan dari syarikat anda.
9. Kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Kalau anda ada kemahiran tertentu gunakannya untuk mendapat pendapatan sampingan. Untung-untung pendapatan dari sumber sampingan itu lebih banyak dari gaji anda sendiri.
10. Buka perniagaan – maksud saya secara online. Anda boleh uruskannya pada sebelah malam, dari rumah saja. Jual pakaian, jual kosmetik atau jual buku. Zaman sekarang dalam perniagaan tak semestinya kita perlu beli barangan itu, sebaliknya kita jadi orang tengah saja, dapatkan pesanan, beli dan jual semula kepada pelanggan kita. Perniagaan yang jujur, ikhlas, tentu akan beroleh untung. Insyaallah.

*Part3* : Azam tahun baharu 2014

Macam tahun sebelumnya, semua perlu berazam, bercita-cita. Tetapi pastikan azam itu yang realistik, mampu dicapai, ada ukurannya (berapa kali, tempoh dan jumlah). Jangan pula yang menggunung tingginya, kang bukan jadi azam tapi angan-angan saja. Angan-angan akhirnya jadi milik Mat Jenin sajalah…

Antara contoh azam yang realistik, mampu dicapai (kena ada usaha saja):

1. Berjimat, simpan RM2,400 (setahun)
2. Berdiet, kurangkan berat badan sehingga 53kg
3. Bersenam, dua kali seminggu
4. Tiada saman, tiada kemalangan
5. Puasa, setiap Isnin dan Khamis
6. Baca 53 buku
7. Bersedekah, RM50 sebulan
8. Bantu, sekurang-kurangnya satu kempen kebajikan
9. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 2 botol sehari
10. Bawa mak dan abah bercuti (Sabah atau Sarawak)

*Penutup* 

Tahun penuh mencabar hanya mudah untuk mereka yang berani berubah, sahut cabaran dan kekalkan bahawa kita juga masih selesa mengharungi masalah kenaikan harga barang dan sebagainya. Pokok pangkalnya kita harus lebih rasional bila membuat keputusan dan bertindak. Demonstrasi saja tak berguna, ia bukan menstabilkan ekonomi, sebaliknya lebih meruntuhkannya kekuasaan Melayu. Apa yang kita perlu buat cuma menghadapinya secara rasional. Berjimatlah, sebab orang yang suka membazir adalah kawan syaitan. Anda kawan syaitan ke?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s