Good Bye November…. and Disember Sekali

Assalamualaikum

Dah lama saya nak tulis pasai ni, tak berkesempatan pulak. Aduiiyyai, busy bebenor. Biasalah..

Orang yang selalu dianggap tak penting di pejabat (macam saya ni) selalunya ‘busy‘ tau, sebab satu load duty kita banyak, selesaikan benda yang belum tentu ada orang lain nak buat (perasan!). Dua, sebab kita tak ada pembantu…

Hah… Itu alasan je tu..! Sebenarnya November dan Disember adalah bulan yang sangat padat.

Hujung November, adik saya Azimah kahwin. Saya sibuk menguruskan kendurinya di Batu Gajah. Minggu pertama Disember pulak, jadi tuan rumah — semua ahli keluarga melepak dekat rumah saya, untuk kenduri kahwin belah Wan (suami Azimah) pula.

Minggu berikutnya saya sibuk menguruskan ‘bengkel pbakl tahun depan — sesi pembentang strategi dengan team pengurusan dan team the incredeble (pasukan jualan baru ‘ciptaan…’). Hari Isnin dan Selasa, saya join sekali bengkel ini, sebagai salah seorang the incredeble… Sangatlah!

Sepanjang minggu tu saya demam – teruk. Lengkaplah, sakit tekak, selsema, lenguh-lenguh badan, batuk, pening — semua ada. Kerja telan ubat je. Dan lebih teruk, batuk dan selsema saya masih tak hilang. Sampai sekarang!

Lepas itu, minggu lepas saya ke Sarawak pulak — memenuhi janji, hadir ke majlis perkahwinan Noor Syarmiza dan pasangannya Fazli (Palek). Dua hari je saya berada di sana, 21 – 22.12.2013. Dalam demam demam tu, ‘menjadi’ jugak.

Alhamdulillah, dapat jugak saya tiket — walaupon naik Air Asia, pon boleh… Kemudian Noor dapatkan bilik — murah, RM82 je. Selesa, cukuplah untuk saya seorang.

Ups, saya lupa nak bagitau. Kali ni, saya pergi sendiri. Lepas ‘kachiwa’ diminta buat keputusan dengan kadar segera dalam kesibukan menguruskan hal kahwin adik saya…saya nekad pergi sendiri. Tak ada apa yang payahnya…dan seronok juga bercuti seorang.

Saya berterima kasih kepada Noor dan keluarganya atas layanan, hospitaliti yang tiptop. Noor belanja makan besar malam saya di sana, terima kasih daun keladi.

Dan majlis ringkas yang mengembirakan di rumahnya… Siap ada cabutan bertuah lagi. Meriah! Almaklumlah, bila Opah dapat cabutan bertuah, sabun…mane idak mengekek cucu cicitnya. Kalau saya ada Opah, tentu rioh dalam suasana begitu.

Esoknya, majlis besar Noor juga meriah. Ayahnya sendiri siap menyanyi dengan band lagi. Kagum I ols…! Saya tak sempat tengok kalau ada kawan-kawan menyanyi, sebab menguruskan checkout hotel sebelum jam 2. Yealah, deme pon idak berkhabor nak buat persembahan…

Lepas checkout, saya ambil suttle van terus ke Waterfront, Sarawak. Masanya untuk mengembara sendirian…sambil menyanyi lagu ni…(dalam mood girang — tak kena langsung!)

Lonely…i misses lonely…i have nobody…all by own…ohhoho own..lonely…etc…ect…ect…

image

Seronok juga, jalan sensorang, berhenti bila rasa nak berhenti…jalan bila rasa nak jalan. Shopping keychain, tengok persembahan busker (main sape), tengok tugu Charles Brooke, tengok sungai Sarawak yang terpanjang dan berliku-liku, naik sampan tradisional lagi. Boleh rasa air sungai dalam sungai yang mungkin ada ‘bujang senang’ @ buaya.

Pencapaian terbaik saya, cuti di Sarawak nak belanja RM300 saja, dan ia berjaya… Walaupun ada mengelat sikit (sebab Noor belanja makan), tapi yes RM300 cukup…

Pasal apa yang saya buat dan how i’m spending my RM300, saya cerita dalam next post — Sarawak Edisi Lonerenger.

Masuk je office, busy balik, kali ni dengan penyediaan penginapan,  tiket penerbangan dan elaun untuk pemenang peraduan sayembara. Majlisnya nak dibuat 7 Januari 2014 nanti…

Saya risau sangat sebenarnya, sebab dateline website baru hampir tiba, tapu kami masih belum dapat migrate data dari website sekarang untuk website baru… Ah sudah, mampos… Pastu nak buat ecommerce baru lagi… Aduiyyai, mati, erkkk! SKT nak submit sebelum 30…hancus.

Tapi apa pon, saya akan teruskan usaha tanpa putus asa. Dan 2014 kita akan dapat kenal the true color of everyone, dalam tahun yang lebih sibuk, tugasan yang lebih mencabar, halangan yang memusnahkan, impian yang mungkin keciciran… Warna apa dalam diri kita yang menonjol…? Warna ceria, warna suram, warna pilu, warna marah… Semua terserlah..!

Kerja adalah ibadah, dan itu yang akan saya lakukan! InsyaAllah, demi rezeki halal untuk kedua ibubapa dan diri saya sendiri.

Assalamualaikum…

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s