Pelengkap

Assalamualaikum…

Sebagai me’memori’kan hari ini dalam hidup saya, jadi saya tuliskan satu post yang ‘menyenangkan’. 11.12.13 – cari pelengkap diri saya!

Sesorang yang ditakdirkan untuk kamu, sebenarnya adalah pelengkap hidup kamu… Susah senang, kamu akan selesa bersama… Bahagia

Kita jumpa dengan ramai orang, setiap hari. Tapi hanya satu yang ditakdirkan untuk anda. Kalaupun kita bercinta asyuk masyuk dengan 1,000 orang pun, kalau tuhan kata “tu bukan jodoh hang!” Maka tak akan berjodohlah anda dengan dia.

Kan, diceritakan bahawa Hawa lahir dari tulang rusuk Adam, dan hadirnya Hawa melengkap hidupp Adam di dunia dan akhirat. Sebab itu perempuan selalu jadi pelengkap hidup lelaki dan lelaki pula melengkapi hidup perempuan.

Hah… Cerita kelakar, menanti pelengkap ini datang, menemui saya dalam hidup, banyak ‘bubble’ bermain-main di kepala saya… Hahaha…

Saya biasa-biasa saja, tak cantik, tak pandai bergaya, tapi manis – tentu lelaki saya nanti kacak bergaya…Saya pemarah orangnya – lelaki saya nanti tentu penyabar orangnya…Saya ni kadang-kadang gabra tak hingat – tentu lelaki saya tenang saja…

Lagi, lagi… Saya boros – dia seorang yang berhemah bila berbelanja…Saya suka bercerita, bersembang – dia tentu pendengar setia…Saya nakal sedikit, dia tenty romantik… Hahahaha…

Yang ni ‘best’, bukan saja best tapi paling best…Saya tak reti masak – hehehehehe [gelak setan] – tentu lelaki saya, pelengkap hidup saya nanti, ada skil memasak, confirm pandai masak… Hui hari-hari saya makan menu berbeza-beza, asian, western, indian dll.

Nak cari pelengkap hidup ni susah. Kalau senang, tentu saya dah jumpa pun… Kalau boleh dibeli, saya beli dua terus. Jadi mari berdoa agar mudah saya menemui pelengkap hidup saya. InsyaAllah.

Ingat tanggal ni: 10.12.14

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s