Cukup Dengan Rasa Hormat

Assalamualaikum,

Menjengah hujung 2013, yang berbaki 25 hari lagi ni, lebih baik kita bermuhasabah diri — cari yang lebih dan kurang pada diri kita masing-masing, sebagai persediaan kita merencana usaha di masa depan.

Mukadimah yang panjang!

Dalam post kali ini saya cuma nak cerita pasal ‘respect’ atau ‘rasa hormat’. Hormat adalah satu rasa indah. Rasa yang bila kita beri kepada orang – kita akan rasa bahagia, orang yang terima pun akan rasa bahagia jugak. Yang beri ikhlas tentu senang jiwanya, yang menerima tentu rasa dihargai sangat…

Sebab tu bila sebut pasal hormat ramai yang selalu cakap, “kita tak akan dihormati kalau kita sendiri tak menghormati orang lain..”

Sebab sekarang ni, kita dalam tempoh masa bermuhasabah, maka jomlah kita ramai-ramai ubah sikap. Tambahkan nilai ramah dan lebih menghormati orang lain.

Mulakan esok juga, jangan tangguh-tangguh!

Bila berkongsi lif dengan orang lain, bawaklah bertegur, bila terserempak dengan orang lain, tawarkan senyuman padanya…

Di pejabat, cubalah ‘respect’ kat senior walaupun dia bukan boss kita atau pangkatnya rendah. Boleh tak kalau kita semua sentiasa ingat bahawa kita dan semua orang saling bergantungan. Jadi kalau hari ini kita tak perlukan dia, tak semestinya esok lusa pon sama.

Satu lagi, hargailah orang yang bantu kita. Cuba ingat, masa-masa kita sesak, tak cukup masa tenaga, ada orang yang sanggup hulur tangan. Takkan bila dan senang kita lupakan dia pulak.. Itu ‘tanggang’ namanya.

Bila boss minta, ia jadi arahan dari orang atasan, tapi kalau yang minta itu kawan, ia jadi permintaan yang sanggup ditunaikan.

Jadi eloklah buat semua orang jadi kawan. Jangan buat musuh. Rendahkan sikit ego tu untuk tunduk sekali sekala. Yang kawan pula, janganlah ambil kesempatan, nak asyik pekena kawan sendiri saja. Berpada-padalah sedikit. Kalau hari-hari kena telan kutukan, ditertawakan, mau muntah jugak akhirnya… Kembali pada point asal, “give him/her some respect”

Assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s