Hati Besar

Assalamualaikum… Kongsi satu cerita dari video ‘Mat Lutfi’…

A: Hang kurus ngat (dialek utara)
B: Biaq badan aku kurus kering, tapi hati aku besaqqqqqq!

Tu dia… Saya percaya hati kita masing-masing ‘besaq’. Cuma sama ada kita nak tunjuk atau tidak.

Sempena tahun baharu, Maal Hijriah yang kita sambut minggu kelmarin, marilah kita duk pakat-pakat berubah, berhijrah sikit daripada kita dulu yang dah sedia bagus jadi lebih bagus, berlebih-lebihan bagusnya…

Ini antara perubahan di tempat kerja yang perlu dipertimbangkan (dibuat) jika kita bekerja dalam satu kumpulan. Tapi hanya untuk anda yang ber’hati besar’. Yang ‘hati kecik’ tu, teruskan menyempitkan ruang hati anda dengan benda-benda mengarut. Anda akan dapat kepuasan tapi bukan kebahgiaan.

1. Kurangkan soksek-soksek (ANASIR LUAR) –kisah dari luar ni sebenarnya boleh menjuruskan kita ke dalam persengketaan. Sebab apa? Sebab bila kita kerap dengar, kerap layan, kita akan terpengaruh dan percaya hingga akhirnya kita jadi yakin sangat bahawa soksek-soksek tu benar. Lepas tu ‘no turning back’ dah… Yang kat luar tu kita rasa betoi dan yang dalam pula dipersalahkan.

2. LUPAKAN kisah silam — “bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora” kan…? Dah tu apa mau pikir lagi, “buang saja yang keruh ambil yang jernih”. Sudah… Sudah-sudahlah dengan dendam kesumat lama, bawaklah mencipta kisah bahagia baharu. Tak payah nak ungkit kisah lama… Bina hubungan baik dan sama-sama ganding bahu, usaha capai matlamat.

3. Kita kena PERCAYA — yakin dengan ‘kekuatan’ masing-masing. Setiap manusia ni, ada lebih dan kurang. Dan sepatutnyalah kita guna kekuatan setiap orang, gabungkan, bantu lancarkan usaha untuk capai matlamat. Yang kurang tu, kita tinggalkan diam-diam.

4. Tak KENAL maka tak cinta — kita percaya orang luar lebih daripada ‘team’ sendiri. Kenapa? Sebab kita tak kenal team sendiri, sebab tak rapat… Kembali kepada HUBUNGAN. Jalinkan hubungan erat, demi memudahkan, melancarkan segala tugas. Akhirnya kita juga yang beruntung, dapat laksanakan tugas dengan mudah, dan kita punya kawan yang akan membantu.

5. JANGAN TEGAKKAN BENANG YANG BASAH — setiap kesilapan, kesalahan, kelemahan yang team kita buat, kita nafikannya cuma dengan alasan ‘backing’ dia, ‘defend’ member… Tapi sampai bila? Kita kena terima hakikat perbuatan member tu tak elok, contoh macam selalu datang lewat, tak kerja ikut dateline, cakap kasar dengan pelanggan, kerap cuti, dan lain-lain lagi — ni semua ni salah yang tak boleh nak didalih-dalihkan. Sebab banyak mata yang nampak, cuma malas nak mengaku je. Dan jika kita diamkan, member yang kita defend tu, tak dapat apa pun — pengajaran tak dapat, hukuman pun tidak… Dan nak berubah, jauh sekali la, lagi kerap ulang salah adalah.

Bagus bila kita defend member, nampaklah kita ni team member yang bertanggungjawab. Tapi kalau berlebih sangat jadilah kita member yang kerap diambil kesempatan–sama ada kita sedar atau tidak…

6. REBUT PELUANG BELAJAR — kerja tu sendiri adalah fasa pembelajaran. Sebab tu ada yang kata “pembelajaran seumur hidup”. Jadi sebelum tutup mata, kerja, kerja, kerja dan dapatlah kita belajar, belajar, belajar…

Selalu, kita tengok orang masuk kerja pagi dan balik ‘on time’, hanya buat kerja dia saja. Tak rajin nak tengok kerja orang lain, atau bertanya itu ini.. Sebab rasa ‘bukan kerja aku’. Kalau orang atasan bagi arahan, buat tu saja. Takdelah hasrat nak membantu rakan yang tak kalih muka dari PC sebab buat kerja, sebabnya ‘itu kerja kau’. Kalau begitu, sampai bila-bilalah ‘knowledge’ ko setakad itu saja…

7. Apa yang penting? KERJASAMA — susah nak terang pasal ni, sebab saya rasa ‘kerjasama’ sangat akrab dengan ‘jujur’. Maksud saya, walaupun kita nampak macam berkerjasama, satu pasukan nampak mesra, tapi kalau kerjasama tu tak datang dari hati yang ikhlas, dia macam tak menjadi… Tuhan tahu nilai kejujuran kita, ikhlas ke tidak. Dekat sini, konsep berPR-PR selalu kita guna, nampak macam kita suka, enjoy dan happy bersama. Tapi still at the end, kita sebenarnya cuma berlakon saja dan ‘kecemerlangan berpasukan’ tu kita tak dapat, apa lagi kejayaan mencapai matlamat (dalam hakikat sebenar).

8. OPENlah sikit–dengar kritikan. Kita ni mudah melenting bila dengar kritikan…kan…?Jangan tipu, sedikit sebanyak tentu akan tercuit jugak rasa marah, bengang – bila dikritik. Sampai dalam hati kita akan dok sebut “macamlah ko bagus sangat”. Patutnya kita tapis semua kritikan, orang tak cakap kalau tak bersebab…tapis balik perbuatan, kata-kata, tingkah laku semua dan betulkan balik, supaya ia jadi lebih baik, lebih betul. Kalau tak pasti, dapatkan pandangan kawan-kawan — bukan BFF kita ya, sebab BFF cuma akan setuju dengan kita, walaupun yang kita buat tu benda salah.

Satu lagi pasal open.., kadang-kadang bila orang bercakap sesuatu, kita ingat dia menyindir kita. Hah, kita melenting! Yang hang dok perasan sangat apahal? Hang buat ka? Selalunya yang ‘makan cililah yang terasa pedas’… Betuilah tu, semua manusia ada hak bercakap, dan kalau dia cakap betul-kita kena terima, kalau dia cakap salah-itu dosa dia. Apa nak kesah… Kalau terasa sangat betullah tu, hang buat kan…!

–Saya tahu ada yang tunggu point selanjutnya (9 dan 10), walau pun anda sebenarnya tak suka pun dengan post ni. Semalam pun ada yang menyindir saya tentang ‘hati besar’. Memang…memang pun hati saya besar, sebab itu saya lalui kehidupan dengan penuh ikhlas, betul! Baik hidup berkerja, hidup bersaudara, hidup berkeluarga, hidup berkawan… Sanggup bersusah payah, sentiasa membantu dan beri sokongan kepada yang lain. Kalau anda, anda nilaikan diri anda bagaimana?

“jujurlah sayang, aku tak mengapa…biar semua jelas tak berbeda…bila nanti, aku yang harus pergi ku terima walau sakit hati”

9. Point seterusnya… Mulalah MENGHARGAI–raikan kejayaan, walaupun nilai kejayaan tu hanya sebesar hama pada anda. Sebab yang besar hama tu bila dikumpul-kumpul, boleh jadi segunung tau. Sedar atau tidak, tugas besar yang berhasil tu bermula dari kerja-kerja kecil yang berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Tapi bila merai kejayaan, kita biasanya hanya bercakap tentang hasil dan tugas besar. Puji-pujian dapat kat si pembuat tugas besar tulah, walau pun tugas tu hanya melibatkan proses akhir. Agak kejam kita jika kita yang mengucapkan pujian itu. Berilah kredit kepada semua selayaknya…

Tips untuk menghargai–bukan sebenarnya kita kena berhabis duit berbelanja untuk orang yang nak diraikan. Cukup dengan ucapan terima kasih, atau sekali sekala puji dia di khalayak…Dia akan rasa dihargai. Beri kenaikan (bukan pangkat) tingkat tugas, beri keyakinan kepada dia untuk mengusahakan yang besar. Cakapkan padanya “sebab U berjaya buat kerja hari tu, kita nak U belajar buat benda lain, usahakan betul-betul supaya kali ni berjaya lagi ya…”. Ada orang akan merasa dihargai bila lebih ramai yang percaya dengan kebolehan dirinya.

10. BERLAKU ADIL — ini bukan untuk boss dan staf saja, tapi kawan, rakan sekerja, pasangan, adik beradik…semualah. Adil, adil dalam segala benda. Nak agihkan kerja kena adil, nak bagi reword (penghargaan) kena adil, tak boleh berlebihan kepada yang satu…berkawan pun macam gitu. Kalau satu susah, semua kena merasa susah. Kalau yang ni rasa gembira, biar yang nu pun berkongsi rasa gembira yang sama. Jangan buat sesiapa pun kecik hati.

Cuba bayangkan benda ni… Setiap hari kita bangun, tidur dan tidur semula – hidup kita penuh dengan kata-kata (yang nahunya doa). Tapi bila kecik hati, sikit-sikit ‘doa’ ni makin berkurang, keyakinan menurun, hubungan longgar, usaha pun jadi tipis. Akhirnya semua melepas. Sebab tu kita kena jaga hati orang lain (tapi jangan terlalu melebih-lebih), sensitif sikit dengan situasi orang (tapi kita sendiri janganlah over), berhati-hari bila bercakap (jaga perasaan orang lain). Satu lagi, untuk yang berkawan– kawan-kawan jugak, tapi janganlah asyik gelakkan kawan kau tu, lama-lama muak jugak dia dengar dirinya ditertawakan.

Semua ni saya harap dapat bantu anda dan saya untuk jadi ‘team member’ yang baik. Saya cuma mahu matlamat pasukan saya berjaya, tercapai. Baik di tempat kerja, mahupun di rumah.

Terima kasih kerana membaca post ini.
Sekian.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s