Imej | Korporat | Cemerlang

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi menjejak blog ini melalui tetikus anda. Dan untuk yang tersesat ke laman ini.. Teruskan membaca! Mana tahu kalau anda berubah hati lepas membacanya.

Minggu lepas saya hadiri bengkel ‘excellent corporate image workshop’ yang dibawakan oleh syarikat Positive Consortium anjuran syarikat tempat saya bekerja. Best jugaklah. Bukan kerana isi kandungan bengkel tu (sebab kebanyakannya dah saya ketahui dari dulu), tapi sebab pengantarnya (cikgu).

Beza dengan bengkel lain (anjuran pejabat) yang saya hadiri sebelum ini, yang mengajar kali ini namanya Puan Yasmin. Selama dua hari berbengkel, saya rasa dia cuba membariskan dirinya sebaris dengan peserta. Dan cara dia menyampaikan bahan seolah-olah cuma macam bercerita kongsi pengalaman yang pernah dia lalui.

Bagus, sebab peserta (yang pergi berbengkel sebab ‘kerna terpaksa, aku rela terima’) biasanya tak hadap dengan ilmu daripada ‘pensyarah’ yang ‘kerek’.

Apa yang diperlukan cuma pengantar yang merendah diri… Sampaikan bahan dengan mesra dan tidak meletakkan dirinya ‘tinggi’. Sebab nanti peserta rasa macam duduk di lantai. Atau ayat kasar saya “pengajar tu akan letak kita cam bodoh sangat, tak tahu itu ini.

Jadi, nanti bila ada masa saya kongsikan sikit-sikit apa yang disampaikan oleh Puan Yasmin. Tunggu next post ya…

Assalamualaikum. Nak tidor dolllu…

image

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s