Putuskan

Assalamualaikum.

Mucho grasias, sebab anda menjengah ke laman ini, baik dengan rela ataupon terpaksa masuk sebab mencari bahan yang sebenarnya bukan pun sebagaimana yang anda harapkan.

Ahaks…

Bila kita nak memutuskan memang payahkan. Memutuskan sesuatu keputusan – ada risiko, baik buruk keputusan tu kita yang tanggung. Bila keputusan itu melibatkan banyak pihak dan masa depan lagilah beratnya sipembuat keputusan memikul beban.

Kalau hubungan pula, bila diputuskan…maka musnahlah harapan dan impian masa depan. Memutuskan hubungan, Tuhan tak suka – sebab tu tak bertegur tiga hari pon tak boleh!

Rasionalnya kita ni semua hamba Allah, hidup mengikut sunnah Rasullallah, dan fitrah manusia suka berkawan dan bermasyarakat. Jadi berpakat-pakatlah, berkawan-kawanlah agar hidup kita berjemaah, bersatu dan sempurna. Kalau asyik nak gaduh, berperang, bila nak rasa seronok, selesa, gembiranya. Yea dak?

Satu lagi, yang payah adalah menanti keputusan… Ibaratnya macam ‘telur di hujung tanduk’. Tunggu, punya tunggu – kita harapkan keputusan tu baik untuk kita, tapi mungkin juga sebaliknya. Masa-masa menunggu tu yang getir sangat. Pergh, seram sejuk, emosi, ketar lutut semua ada. Macam nak tunggu orang cakap, “i luv u”. Dan bila tak ada ucapan itu, balik hampalah nok!

Assalamualaikum.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s