Mimpi klangit

Assalamualaikum kepada Tuan/Puan sebab rajin melawat blog ini dan untuk yang pertama kali singgah, saya ucapkan…selamat datanggggg.

image

Klangit : nama sebuah kumpulan muzik pop rock tanah air. Lagu percubaan mereka yang pertama, membuka mata peminat muzik tempatan – tapi kemudian mata tu hampir katup balik.

Kenapa, sebab semasa kumpulan ini bertanding dalam satu pertandingan muzik tahun lalu, mereka telah mengecewakan peminat mereka dengan persembahan yang ke laut. Sampai jadi ejekan ‘bukan klangit tapi klaut’… Hanchor kata orang Perak.

Bukan nak cerita pasal kumpulan muzik tu pon. Tapi nak cerita pasal ‘mimpi’ (impian) yang tinggi sampai ke langit.

Semua pun ada impian macam tu kan…kan…kan….

Ada orang yang menang mudah untuk meraih mimpinya – gifted, tuah badan. Ada pula yang berusaha, patah sayap bertongkat paruh baru dapat capai mimpinya -Alhamdulillah, tak sia-sia usaha dia. Pun ada juga yang berusaha sampai patah paruh bertongkat dagu pon, tak merasa kejayaan – bukan malang, cuma bukan rezeki dia.

Dalam hidup ni, kita masing-masing ada bahagian. Tuhan dah siap tentukan. Pun macam tu, takdelah kita pakat goyang kaki je…

Orang kata, macam lawan bola. Kalau kalah pon tak pa, kira kalah bergaya bila dah usaha main sehabis daya. Kalah bermaruahlah.

Gitu jugak dengan mimpi, impian, cita-cita…. Kita kena usaha sampai dapat. Kalau dah tak dapat juga, taklah kita ralat sangat. Ye dak?

Saya harap mimpi anda dan mimpi saya berhasil supaya kita sama-sama dapat merasa nikmat ‘mimpi jadi kenyataan’.

Nite semua. Assalamualaikum.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s