Yang Terkorban

Assalamualaikum…

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha @ Raya KORBAN.

Rasanya, semua yang beragama Islam tahu kisah disebalik Hari Raya Korban ni kan? Bulan ni lah, lembu kerbau risau, takut dirinya dipilih menjadi korban.

Misteri disebalik pengorbanan lembu dan kerbau – apa sebenarnya yang mahu dijelaskan…?

Gini, (maaf ya, saya tak pandai sangat ilmu agama – ini cuma maklumat yang saya dapat dari bahan bacaan)…

Gini, lembu dan kerbau (atau haiwan lain yang dibenarkan) yang menjadi korban itu hanyalah simbolik. Sebaliknya yang berkorban itu, mudah-mudahan diberkati dan beroleh hidayah bila dapat mengorbankan sifat ‘kebinatangan’ dalam dirinya.

Itulah sebenarnya hikmah dalam hari raya korban – moga ia dapat menghapuskan sifat kejam, dengki, khianat, hawa nafsu kemarahan, perpecahan dan sebagainya yang negatif.

Berlebih-lebihanlah pulak kita yang sekadar meraikannya, mendapat manfaat dan menyimpan azamlah agar suatu hari nanti, kita pula dapat berkorban.

Sebut pasal korban, kos mengorbankan lembu atau kerbau sekarang sekitar RM1,400 ke RM1,600 (harga lembu). Untuk kos sembelihan yang lain-lain, biasanya tak wujud. Sebab semua tu, kira kerja gotong royong penduduk setempat.
image
Saya sendiri simpan azam, untuk korban seekor lembu atau kerbau. InsyaAllah, dua tahun lagi. Kena menyimpan sikit-sikit dari sekarang…

Selamat Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s