Mini Library

Assalamualaikum…
Terima kasih kerana masih mengunjungi blog ini.

Kalau anda punya ‘mini library’ atau ‘perpustakaan mini’, tentu anda akan rajin membaca…kan..kan.

Macam saya sendiri, dah lama mimpikan nak ada mini library di rumah.

Tapi memandangkan, ruang rumah sempit, sekadar ‘hall rumah’ yang hanya sebesar bilik cetak (simpan mesin fotostat) di pejabat, yang boleh ada cuma sebuah rak buku.

image

image

Dan oleh sebab, kosnya tinggi juga, nak membeli rak.., jadi saya terima lah ‘offer’ syarikat tempat saya bekerja untuk ambil rak buku lama yang tak digunakan lagi… Jimatlah.

Pada saya, cukuplah tu – rak itu tinggi dan sikit ke dalam; saya boleh susun buku secara berdiri, dua lapis untuk setiap tingkat rak. Cuma lepas kehadiran adik-adik saya (minah rempit) di rumah saya – ia digunakan jugak untuk menyimpan helmet mereka.

Buku koleksi saya, kebanyakkannya dari genre sastera Malayu, novel cinta, politik, buku perniagaan, perhubungan awam, komunikasi, agama, sejarah dan majalah.

Koleksi adik saya, Mazni – kesemuanya fiksi, banyak! Dan adik Fana pula, buku tentang perbankan islam dan ‘business writting’. Ada juga buku rujukan agama dan kamus dalam simpanan kami.

Hmmm..saya ni sedang mahu mengatur masa untuk mengemas sekula rak buku ini…supaya cunlah sikit.

Mudah-mudahan dengan berkemas, bersusun semula buku-buku di rak ini, bukan saya saja, adik-adik saya juga akan rajinlah membaca hendaknya. InsyaAllah.

Sama-sama doakan ya.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s