Kawan Biar Jadi Kawan

Keep your friends close but your enemies closer

image

Kenapa? Kenapa dengan pepatah Inggeris ini? Mungkin ada tertanya begini bila membaca post ini tadi.

Jawapannya, “tak da apa”. Saja saya mahu mengulang kaji maknanya. Mahu fikir ke dalam lagi tentang maksudnya.

Assalamualaikum…
Terima kasih kerana masih sudi menjengah ke laman blog ini.

Nama saya shida, hari ini adalah hari penuh duka saya. Kena marah, kena marah beberapa kali lagi. Hah! Rasa macam nak berhenti kerja. Masalah masih belum selesai juga.

Pada saya, secara peribadinya bukanlah apa-apa jika saya dimarah oleh boss, macam yang biasa saya cakap dengan Boss dulu, “buat salah pun kena marah, buat betul pun kadang-kadang kena. Yang paling beruntung ‘orang yang tak buat apa-apa. Siap gelak sakan lagi tengok kita kena…”

“dah berbakul-bakul sebelum ini kena, apa ada hal menambah sebakul dua lagi..”

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui, malam ini saya melafazkan maafkan dalam hati saya ini kepada rakan baik yang saya kasihi itu. Saya akan sentiasa doakan dia maju jaya dalam hidupnya, demi dia, anaknya dan keluatganya.

Dulu, masa saya kecil-kecil kalau saya bercakap kasar dengan adik-adik saya, abah akan marah dan abah akan cakap, “abah tak pernah ajar kakyang cakap macam itu!” Jadi, sebab itulah walau semarah manapun saya, saya tak akan memaki hamun orang yang saya marah. Perkataan kasar cuma keluar dari mulut saya atas nahu gurauan. Jadi itulah punca, sakit kali ini lebih pedih dari sebelumnya.

Jangan persoalkan lagi…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s