Manusia Berubah

Assalamualaikum.

image

Memang ‘ajenye iye’. Betullah manusia mudah berubah. Lebih-lebih lagi bila dah merasa status yang berbeza (lebih baik dari sebelumnya).

Selalu kita dapat tengok di tv. Tapi itulah juga yang jadi, realitinya. Biasanyakan, bila yang bujang dah kahwin…cakap-cakapnya pun dah lebih kepada hidup barunya, suami atau isterinya, bagaimana dia beruntung punya teman sehati sejiwa, dan bagaimana hidupnya tidak lagi kosong kerana dipenuhi kasih sayang sebab didampingi orang yang dicintai, katanya.

Kadang-kadang naik meluat juga kita mendengarnya. Kecik hati pon ada, “mentang-mentanglah kita single”. Hah, mulalah nak mengata. Sabor je lah.

Pastu kalau dulu kawan kita sama je pangkat dengan kita, makan sekali lepak sekali boleh semeja sepakat bergurau. Jangan harap ia akan jadi sama bila dia sudah naik pangkat. Mesti akan beza, tak banyak pun mesti lain sedikit. Kata-katanya akan sedikit mengangkat diri, malah pandangannya dah ada bunyi nak mengajar kita. Almaklumlah… Kita ni pangkat rendah…

Yang dulu gemuk sekarang kurus – fuh lagi poyo! Dah mula perasan cantik, berangan dialah yang paling cun di alam maya ni… Adoiyai, yang ni lagilah letih nak melayan dia bersembang. Cerita pasal baju barulah, terpaksa buang baju lamalah, rajin senamanlah, dietlah… Macam-macamlah.

Yang dulu status miskin di KL (bergaji 3 ribu ke bawah), sekarang dah berada sedikit (mungkin gaji 3 ribu lebih ke 4 ribu ke), pun dah mula pandang ‘tipis’ je kat kita. Hamboi, dulu bila keluar makan siap boleh main-main mata lagi, sekarang nak nengok kita pon jeling je… Huh…

Mungkin kerana usia…mungkin. Ada pemimpin yang dulu mesra rakyat, bila dah ‘up lagi’ lupa dah rakyat dia.

Tu tak masok lagi kes ‘naik harga minyak’! Naiklah seposen dua…siapalah kita nak bercakap. Tapi kita-kita nilah yang kena menambah peruntukan untuk minyak kereta masing-masing…kan..kan.. bukannya pemimpin-pemimpin/ahli politik yang bercakap banyak kat media tentang isu minyak ni.

Macamana pun bukan semua orang ada penyakit seperti yang saya sebutkan di atas. Ada je yang okay, tak berlagak, tak berubah walaupun dah meraih kejayaan. Boss saya, Nuar. saya masih rasa dia sama seperti Nuar yang dulu, waktu kami kerja bersama dulu dalam team PR, biarpun sekarang ni dia boss saya.

Alhamdullillah.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s