Raya, Raya, Raya

Assalamualaikum dan Salam Lebaran…

Alhamdulillah, hari ni dah masuk raya ke-6. Suka, suka. Banyak yang saya sukakan pada raya kali ini.

Hmm… kiriman SMS bermakna..huh runtun jiwa membacanya. Jangan sampai syok sendiri sudah. Adik saya khabarkan akan pindah ke rumah saya, selepas dia dihalau oleh tuan rumah yang disewanya – bukan cerita positif, tapi saya gembira mendengarnya. Saya harap bila tinggal bersama mereka terhindar dari menyertai aktiviti tidak berfaedah apalagi yang kurang bermoral. Insya-Allah.

Tahun ini kali pertama rumah kami (keluarga) bertambah seri dengan kehadiran ‘abang ipar’ saya atau mak selalu kata ‘anak jantan’ dalam keluarga kami. Hmmm, sama saja pada saya. Dia pun satu geng jugak dengan kakyong, kaki TV dan kaki lepak. Tapi boleh genglah dengan saya dan adik-adik sebab dia rajin bersembang, rajin melepak di dapor dan mudah melayan sanak-saudara yang berkunjung ke rumah.

Sebelum balik KL, Ahad lalu, saya selesaikan dulu majlis pertunangan serba ringkas adik saya, Azimah. Insya-Allah majlis ‘besar’ dia dan pasangannya kami akan buat pada 31 November 2013 (majlis nikah) dan 1 Disember 2013 (majlis persandingan) di Batu Gajah. Majlis pertunangannya ringkas, kami sediakan jamuan makan tengah hari, perbincangan dan upacara sarung cincin. Saya, Adik Fana dan Azie sendiri, siapkan pelamin duduk serba ringkas dan empat hantaran untuk pihak lelaki. Selesai, senang hati kami. Azie pula tentu tak sabar nak jadi pengantin baru.

Lagi, lagi? Yang lain-lain biasa-biasa saja.

Raya kali ini saya agak sedikit tertekan. Satu kerana KYong balik lewat, jadi saya dan Adik Maznie kena uruskan lemang dan rendang, kemas rumah, bentang carpet dan gantung langsir. Dua, KYong pulang awal, tetamu belum habis berziarah dia sudah pulang ke KL. Selagi ada tetamu, selagi itulah saya akan menyediakan juadah, lepas tu mencuci pinggan, mangkuk dan cawan pulak. Setiap kali itu juga saya akan teringat “tetamu ni bawak rezeki” dan saya akan semangat untuk melayan mereka. Tiga, solah rasmi yang akan ditanya tetamu yang datang berziarah – bila nak kahwin? atau KYong dah, KYangnya bila? atau Shima selesai dah, ni nak nunggu Shida pulak ni… atau Shida tak ada apa-apa berita baik lagi ke ? (kahwin) atau KYang udah ada kawan (‘boyfriend’) belum?

Jawapan saya, ‘standard’ sama saja – “Hmm belum lagi, Insya-Allah. Ada nanti saya beritahu ya.”

Hakikatnya dalam hati saya beri jawapan kaw-kaw. Ada bubble keluar atas kepala saya yang tulis “makcik sibuk2 tanya ni, kang saya ngorat anak makcik kang…baru tau!” Kadang-kadang saya jadi geram bila kerap didesak-desak tentang hal itu. Lebih-lebih lagi sejak KYong menamatkan zaman bujangnya, saya pulak yang sering di’serang’. Nak menjawab dengan kasar, karang tak mengaku saudara pulak. Jadi saya layankanlah… Layan….!

Akhirnya, sebelum saya tutup post ini, saya ingin ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas sebarang perbuatan, tingkah laku, pertuturan, tulisan saya yang mungkin mengguris, mencuit atau melukakan hati Tuan/Puan, pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Salam Lebaran (hari ke-enam) 13/8/2013
Ikhlas
Shida Ayub

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s