Rezeki Ramadan, Nikmat Syawal

Assalamualaikum…
Alhamdulillah kita dah hampir selesai menjalani ibadah puasa. Dalam kurang lebih empat hari lagi kita akan sambut lebaran pula.

Makin hampir AIDILFITRI, makin banyak berita gembira saya dengar, mudah-mudahan kekal begitu.

Awal RAMADAN dulu, ‘kertas imbuhan’ diluluskan. Walau pun ada yang saya ‘kureng’ setuju, tapi okaylah. Sekurang-kurang ada sesuatu untuk ‘team angsa’ yang dulu 14, tiba-tiba jadi 18. Empat orang baru tu, dimasukkan, tanpa rela ‘the real angsa’. Siapalah kami untuk rela atau sebaliknya. Yang pasti angsa baru itu tak perlu datang ‘training’ setiap minggu, tak perlu menumbuk ‘punching bag’, tak perlu menguruskan ‘database’, tak perlu menunggu sesi fotografi, bergaduh dengan ‘designer’ mahupun kontraktor, dan tak perlu berjaga malam seperti saya… Bukan marah, cuma ‘frust’!

Apapun, terima kasih untuk Noor Syarmiza dan Nurul Fareha yang bantu uruskan pembelian hadiah. Diorang ni, saya ‘respect’ usaha diorang. Setiap kali bertukar ‘figure’ hadiah, diorang juga akan usahakan mencari cadangan hadiah baru.

Dari RM1,300 ke RM1,000… Kemudian turun lagi ke RM900 dan akhirnya RM700. Sudahnya, mereka dapatkkan Sony Xperia L dengan harga RM785, jadi masing-masing kena tambah duit sendiri RM85. Lepas dapat, ada yang jual dan ada yang guna sendiri, macam saya.. Kalau jual pun tak rugi, harga pasaran smart phone ini masih tinggi, RM899.

Minggu lepas, ‘company’ beri kenaikan gaji. ‘Level’ seperti saya diberi 3 hingga 7%, saya cuma dapat 4% saja…takpalah, rezeki setakat itu, terima saja. Susah nak senangkan hati semua orang. Lebih-lebih lagi orang yang memang kurang senang dengan kita!

Dengan kenaikan itu, dapatlah tunggakan 7 bulan. Alhamdullillah, dapat jugak saya belanja raya untuk mak abah dan simpan duit untuk belanja dapur masa raya nanti.

Semalam, company ‘announce’ pemberian bonus 2 hingga 2 12 bulan kepada staf. Mudah-mudahan saya dapat yang 2 12. Dah lama tak merasa bonus tinggi… Tapi kembalilah kepada hakikat!

Alhamdulillah, dengan bonus saya ingat nak tukar sofa. Sofa saya saya dah melendut dah… Lain tu buat ‘saving’ jelah…

Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Kau beri Ya Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s