Wake Up Sid

Assalamualaikum.
Hi semua…

Wake Up Sid, saya dah kerap tonton filem ni. Saya sukakannya.

Ia mengisahkan bagaimana seorang perempuan, Aish berdikari membela nasibnya dengan minat dan kepercayaan. Kemudian temannya, seorang lelaki bernama Sid yang kehilangan ‘kesenangan’ selepas tidak diendahkan keluarganya.

Bila yang senang jadi susah, gelabahlah dia. Dan saat itu dia perlukan teman yang tabah. Sepanjang cerita ini, kelemahan kekurangan Sid telah diperbetulkan oleh Aish. Sid bertuah kerana akhirnya dia sedar dan berkat usahanya bersama dengan Aish, Sid dapat mencari dirinya yang sebenar – kebolehan dirinya – menjadi jurugambar.

Akhirnya Sid ‘survive’ dan hidup gumbira bersama Aish. Aisya juga mengejar mimpinya. Dia nak jadi penulis dan dalam masa yang sama mahu mencari ‘lelaki dewasa’ untuk dijadikan teman hidup. ‘Men’ bukan ‘boy’. Aish menolak Sid kerana bersikap kebudak-budakkan. Sid juga setuju dengan itu – waktu itulah.

Lama-lama Sid mula berubah menjadi lelaki matang. Tapi Aish tak mahu mengakuinya.

Oleh sebab pertelingkahan kecil, mereka berdua bertengkar dan Sid kembali kepada keluarganya. Tapi pungguk mana tak rindukan bulan, lebih-lebih lagi kalau setiap malam menatapnya. Bila terasa rindu dan takdir juga merestu – akhirnya mereka kembali bersatu, apabila Sid ‘sedar’ semula.

Ceh, sebenarnya Sid memang cintakan Aish, tapi tak nak bagi tahu sebab Aish pernah kata dia tak akan cintakan Sid yang macam budak-budak. Dan Aish pula, tak berani mengakui yang dia dah jatuh cintakan Sid.

Akhirnya Aish tuliskan semuanya dalam satu artikel… Sid pun sedar dan bertindak. Dan cinta pun berterbanganlah di udara…

Wake up Sid buat saya mahu bangkit dan bermula semula demi mencapai impian… Nak tinggalkan semua mimpi kanak-kanak, cari diri saya, ‘perform’, jadi Shida yang baru dan cari lelaki dewasa! Ahaks, kelakar sangat!

Assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s