Puasa Tak Puasa

Aduiyai… Assalamualaikum semua.

Petang tadi, saya ke Carefour (sekarang AEON). Beli barang sikit (susu, susu coklat, stok maggi mee dan stok air). Sambil itu ambil dua tiga barang untuk hiasan raya di pejabat.

Semasa sedang membayar, seorang pelanggan (perempuan) bertengkar dengan casher (lelaki). Casher tu mungkin dah minta maaf atas silap dia memulangkan baki kurang RM1, malangnya pelanggan telah mengherdik, maki hamun dia depan orang ramai – siap terjerit-jerit lagi.

Malunya saya, sudahlah sama-sama Melayu, sama-sama Islam dan sama-sama puasa, saling tak nak beralah. Masing-masing macam nak tunjuk siapa lagi hebat maki orang. Hai, hilang pahala puasa saya sebab mengumpat diorang. Tapi saya kesal dan ralatlah, bila orang kita buat begitu. Tempat tu pelbagai bangsa datang berbelanja. Malu jer…

Kalau puasa buat cara puasa ya.
Assalamualaikum…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s