Mohabbatein…

“Semenjak kita bertengkar kerana hal-hal remeh-temeh, saya cintakan awak. Semenjak kita bermain hujan bersama, saya cintakan awak. Semenjak kita mengira bintang di langit, saya cintakan awak. Kini saya sudah lupa bila saya mula mencintai awak, tapi saya yakin seumur hidup ini saya akan sentiasa mencintai awak…selama-lamanya”.

Huh, syahdu saya kalau dengar ayat ‘cintun’ ni. Silap-silap boleh terjatuh cinta dengan si pengucapnya. Itupun kalau ada yang sanggup dan berani mengucapkannya.

Ahaks, hidup ini percaturan Tuhan, dan macam yang dijanjikan…jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal dan maut semuanya di tanganNYA.

Cinta pada saya tak membutakan, yang buta tu hanya pencinta yang tidak berfikir panjang. Saya juga menolak bahawa cinta itu boleh merubah segalanya.

Cinta itu perasaan suci dari Tuhan untuk umatnya dan sesama umatnya yang tidak ‘sejenis’. Cinta songsang bukan apa yang kita bicarakan – Itu menolak fitrah manusia namanya.

Satu yang semua patut tahu, pencinta tak perlulah merubah diri hanya untuk dicintai. Pasangannya tentu sedar dan sanggup menerima kelemahan, kekurangan pencintanya seadanya.

Kalau kita merubah diri hanya untuk dicintai, bagaimana suatu hari nanti bila pasangan mahukan pencinta berubah lagi? Adakah kita masih mahu berubah, mahu mengikut telunjuk cinta semata-mata?

Cinta perlu bijak. Selalu kita dengar ‘cinta perlukan pengorbanan’. Tapi bukanlah berkorban buta-buta kan? Perlu bijak juga menangani masalah dan cabaran dalam cinta.

Selalu di TV kita disogokkan, demi cinta heroin sanggup tarik diri asalkan hero dapat bersama dengan wanita pilihan keluarga hero. Dan kadang-kadang hero sanggup berkelana seumur hidup demi kesejahteraan hubungan heroin dan keluarganya..pun ada jugak! Hakikatnya baik hero, mahupun heroin masing-masing tak bersungguh dan cepat putus asa.

Sebaliknya jika mereka berusaha, pertahankan cinta mereka, tentu Tuhan tunjukkan jalan terbaik menangani masalah dan cabaran cinta itu. Pertahankan cinta, bukan melihat sahaja kota cinta itu roboh kerana kita putus asa sebelum masanya. Hanya ajal saja boleh memisahkan cinta sejati.

Ada tiga filem cinta yang saya suka, Mohabbatein, Untuk Tiga Hari dan Love in Manhathan (tak pasti ejaannya). Maksud saya, kalau ditayangkan di TV, saya akan tonton.

Tapi saya suka watak Afdlin Sauki dalam Untuk Tiga Hari. Lelaki ‘gentleman’ yang baik, kelakar, comel, bertanggungjawab, kaya, dan menawan. Lelaki pilihan sangat! Sejak tengok filem itu, saya mula ubah pandangan bahawa lelaki berbadan besar ni baik hati.

Apa yang paling saya suka adalah masa Afdlin jawab apabila Vanidah tanya, “bagaimana awak boleh yakin bahawa awak boleh membahagiakan saya?” Dan afdlin jawab,”sebab saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Tuhan pada saya, saya menerima seadanya, dan saya percaya awak di sini kerana ketentuannya. Dan ketentuannya adalah yang terbaik untuk saya. Saya akan berusaha membahagiakannya awak!”

Okay, habis love story kita ni. Saya Shida Ayub, masih single dan sedang mencari cinta kurniaan Tuhan untuk saya.

Assalamualaikum.

P/s: saya tak tahu kenapa saya tulis pasal cinta ni. Mungkin sebab, baru lepas tengok Mohabbatein.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s