Isu Panas 19.7.2013

Assalamualaikum. Selamat menonton berita, jika itu yang anda buat sekarang, seperti saya! Apa pun terima kasih kerana membaca blog ini.

Minggu ni, isu paling hangat diperkatakan adalah tentang pasangan cina, Alvin dan Vivian yang dengan beraninya telah memperlekehkan ibadah puasa umat islam dengan gambar dan ‘statement’ mereka di fb. Akhirnya mereka ditahan di penjara sambil tunggu proses perbicaraan, mereka hadapi tiga pertuduhan.

Pada saya, tindakan tegas pihak berkuasa, respons dari bijak pandai agama, dan masyarakat Islam Malaysia keseluruhannya adalah pada tahap prihatin yang membanggakan. Kali ini kita nampak undang-undang di landasan yang betul. Sayang Malaysia, sayang bangsa dan lebih lagi sayang agama Islam kita.

Isu kedua, kes Marino (tak tahu ejaan sebenar), duta yang baru sebulan menetap di Malaysia. Dia dengan lantang, sibuk me’ngomen’ (beri komen) berhubung penggunaan kalimah Allah di gereja.

Kurang ajar. Dia patut dah ‘study’ lebih awal. Hal ini menyentuh sensitiviti orang awam, masyarakat utama di Malaysia, orang Melayu dan yang beragama Islam. Biar betul, ini namanya tak sedar diri, masuk kandang kambing, tak reti-reti nak mengembek.

Tapi saya kagum cara agamawan mendesak pihak berkuasa ambil tindakan kepada Marino. Tak kiralah apa parti pun, bila masuk bab agama, kita kena bersatu.

Patutnya kita bertegas sedikit. Pihak negara duta tersebut tentu saja dah tahu isu ini, maka bolehlah dihalau keluar dan digantikan dengan duta lain yang lebih beradap serta faham sensitiviti masyarakat Malaysia.

Kemudian yang ketiga, isu harga siling bagi ayam. Makanan paling penting dalam bulan perayaan. Mana nak masak rendang lagi, buat rencah untuk masak makanan ‘open house’. Maka memanglah ia satu isu besar, baik pada peniaga di pasar sampailah kepada orang awam – pengguna. Akhirnya, kerajaan tetapkan RM7.70 sekilo.

Oleh sebab saya tak pernah membeli untuk masak, selalunya saya cuma bagi mak duit dan bawa mak ke pasar saja, jadi saya tak pastilah sama ada harga itu membebankan atau sebaliknya.

Dengan isu ayam yang sesetengah orang anggap mahal, ada pula berita baik. Pihak kerajaan akan mengkaji kesesuaian memberi bonus Hari Raya kepada penjawat awam. Untung diorang, mana-manapun untung diorang! Itupun selepas kenaikan gaji tahunan (kalau tak silap saya mula pada Jun lalu). Untunglah, masa nilah bertuahnya kalau ada ‘boyfriend/husband’ orang kerajaan, merasalah jugak serba sedikit…

Pagi ini, Ayep (rakan di pejabat) ada ‘post’kan sesuatu di FBnya. Tentang bonus, tapi tak tahulah tentang bonus penjawat awam atau bonus kami sendiri. Harap-harap tahun ini saya dapat bonus dan kenaikan gaji sekali. InsyaAllah. Nak beli banyak benda untuk abah dan mak, raya nanti. Jangan harapan tinggal harapan sudah…

Akhir sekali, tentang pilihanraya kecil Besut. Isunya tak ada apa, cuma cerita berkempen dua bakal YB, satu calon BN dan stu lagi calon PAS. Tapi kempen calon BN nampak lebih rapat dengan masyarakat di Besut. Yang digembar-gemburkan adalah cerita tentang dakwat kekal, yang kali ini tidak lagi dicalit di jari pengundi, sebaliknya pengundi sendiri perlu mambenamkan jarinya dalam botol dakwat kekal itu.

Macam-macam dibuat, yang akhirnya kita harus yakin dan percaya dengan pihak Suruhajaya Pilihanraya. Mereka sendiri tentu ada perasaan dan iman teguh melaksana tanggungjawab mereka sebagai pihak yang diamanahkan. Sampai bila kita mahu ragu, atau buat-buat ragu hanya kerana kita tidak bersetuju dengan pihak tertentu.

Hari ini puasa ke-10, pagi tadi saya dah dengar lagu raya dah. Berkumandang, sedap saja kedengaran di telinga saya dan teman-teman di pejabat. Lagu raya ini macam ada ‘roh’. Ia akan buat kita bersemangat! Mana tak semangat, ingat raya teringat dekat mak abah, ingat raya teringat pula kampung. Semuanya raya.

Selamat terus berpuasa untuk 20 hari lagi.
Assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s