Bazar Ramadan

Assalamualaikum.
Salam Ramadhaaan ke-10.

Semalam balik dari bazar, saya nampak ‘aci’ (panggilan untuk wanita berbangsa India) berjalan laju, nak balik ke rumah selepas membeli juadah di bazar – walaupun juadah itu pasti jadi santapan dia dan keluarga sebelum Maghrib lagi.

Kelmarin, pasangan berbangsa cina berpimpin tangan membeli kuih muih di bazar. Tentu mereka menjamu mata sambil bercinta-cintaan di bazar penuh dengan pelanggan yang berlapar menunggu azan Maghrib.

Itu dua situasi biasa, selalu kelihatan. Sama ada kita ambil tahu atau sebaliknya. Saya suka suasana itu, bazar jadi tempat semua bangsa Malaysia berbelanja membeli makanan, tak kiralah mereka puasa atau sebaliknya. Ia sudah jadi alat perpaduan yang paling berjaya selain sukan dan hiburan.

Tak usahlah kita persoalkan siapa yang puasa dan tidak, yang pasti kewujudan bazar bagai cendawan tumbuh (hanya pada bulan Ramadan) telah memberi satu nikmat yang bahagia kepada kita semua, nikmat perpaduan.

Petang ini saya nak berbuka apa? Nasi goreng adabi (nasi semalam tak habis lagi), lepas tu saya rasa mahu beli ikan kembung masak kicap dan kesukaan selamanya, sambal tumis ikan bilis.

Malam ini saya nak bancuh ribena saja, tak mahu beli air, membazir sebab selalu tak habis. Kuih — saya teringin nak makan murtabak maggi, harap-harap dapatlah beli hari ini.

p/s: untuk Fareha, kalau dia baca post ini…bersedialah untuk ‘food testing’ majlis sambutan hari raya, bermula Isnin-Jumaat depan.

Selamat berbuka semua!
Assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s