Bila Disekat Itu dan Ini

Assalamualaikum.

Dulu diberi kebebasan, dan kita membalas kebebasan itu dengan sedaya kita. Kini disekat itu ini, kerana ketelanjuran pihak yang lain. Adoiiyai!

Saya dulu mentadbir laman web dan akaun media sosial syarikat. Saya lakukannya dengan bersungguh, empat post sehari di fb, buku baharu di web dan laman e-dagang, begitu juga dengan info terkini, buku terlaris dan aktiviti yang dijayakan.

Dulu, sekarang tidak lagi. Tugasan itu sudah diamanahkan kepada pihak lain.

Lewat masa ini, saya dan mungkin juga seluruh warga pejabat disekat dari mengguna internet untuk banyak perkara, sukarnya menonton youtube, saya sendiri tidak dapat meng-update blog, nak masuk ke laman web lain juga ambil masa yang lama…

Saya pernah mengutarakan soalan berkaitan ini, dan beberapa jawapan berikut diberikan:

a) kita sering diserang – server kita. Ya, dulu syarikat ini kecil dan mungkin tak dipandang sangat. Sekarang pesaing mungkin agak sedikit risau, lalu cuba menyerang kotak pegawal sistem maklumat kami. Tak ada apa yang boleh mereka dapat di situ. Bahagian berkaitan tentu telah bersedia lebih awal. Apa yang penyerang boleh dibuat hanya ‘melemahkan’ dan kami ni (saya) jugalah yang kian lumpuh rasanya.

b) kebanjiran smart phone. Situasinya bila staf pakai lebih dari satu smart phone, gunakan wifi pejabat, download itu dan ini yang akhirnya melambatkan ‘line’ internet pejabat. Ini memang masalah besar yang menyusahkan! Pakai telefon canggih manggih, line telefon (berinternet) kedekut nak bayar. Susahkan orang lain. Saya gunakan satu sahaja telefon (bb) dan line telefon saya dilengkapi internet — jadi saya marah dekat pengguna wifi percuma kerana mereka manggunakan kemudahan pejabat sehingga menyukarkan yang lain.

c) sikap — ini kembali kepada membezakan yang betul dan salah. Contoh, kalau dah tahu menggunakan line internet pejabat pandai-pandailah bezakan kegunaan untuk pekerjaaan dan kegunaan peribadi. Bawaklah berhenti mendownload filem, lagu, permainan (games) dan sebagainya. Saya dimaklumkan banyak benda telah disekat, pada fikiran saya permainan on-line tentu saja dah tak boleh dibuka lagi. Tapi kecewanya saya, dari luar cermin kaca bahagian IT saya nampak staf (kontraktor) bermain Candy Crush menggunakan pc di bilik itu. Geram!

Geram! Saya geram sebab dalam bulan penuh berkat ini, kenapa saya perlu menanggung semua ini. Saya cuma nak buka sample e-newsletter, nak tengok bagaimana mahu tukarkan warna dekat gambar bila saya sedang gunakan Ai, Photoshop dan lain-lain.

Argh, geram! Bawak bersabor Shida, kata puasa.

Lebih baik pikir nak makan apa berbuka nanti. Semalam beli ikan gulai kari seketul, habis sebelah je…ikan bilis sambal tumis pun tak sentuh, kuih RM2 pun tak habis… Nasi bersahur pulak tak bersentuh! Air tebu pon tak habis, mujur masok dalam botol. Boleh minum malam ni.

Argh, elakkan membazir! Selamat berbuka!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s