Demam Ruam

Assalamualaikum.

Minggu lalu, saya rasa sangat ‘spoil’ sekali, kerana demam semasa bercuti di Langkawi. Dengan sakit demam lagi, dengan ‘stress’ lagi, dengan ‘tension’ kerja tak siap sebelum bercuti. Semua jadi beban!

Saya balik dari Langkawi, lewat tengah malam Selasa. Rabu saya masuk ke pejabat semula, selesaikan ‘report’ saya sebelum Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Jumaat, petang saya diminta balik ke kampung pula. Emak moreh esoknya. Dalam demam yang masih belum kebah, saya jejak kampung malam tu juga. Malang lebih malang – saya masih puasa dalam keperitan menahan sakit. Ntah demam apa yang melanda, azabnya lebih perih dari demam biasa.

Sabtu, jawapan segalanya! Pagi itu, segala ruam keluar dari kulit saya. Tahulah, bukan demam biasa — saya demam ruam/demam campak. Demam ni kata abah, “doktor pekan tak reti nak ubat. Doktor kampung je…” Perkara mula-mula sekali, saya buat ialah minum air kelapa – kerap. Mandi berulang, dan ‘rentikan’ puasa.

Masa ni, badan dah naik miang satu badan. Gatal-gatal, mula bergaru. Mak asyik bercakap pasal pantang makan, tak boleh makan telur, ayam tak boleh, daging tak boleh, udang dan ketam – bawak jauh. Lebih dari pantang, jangan dekat dengan dapur, usah makan kicap dan jangan sesekali berhujan.

Tiga hari hidup berpantang, saya sudah kebah sedikit. Sebelum balik dari kampung, mak mandikan saya dengam rebusan air daun semambu (daun bambu). Kata mak “daun bambu ni sumpahan bagi demam campak”. Saya ikutkan saja, yang penting saya tak bergaru lagi.

Okay, dah 4.34 petang. Saya nak pulang mencari juadah puasa. Dan saya masih lagi bergaru, sebab gatal. Nasiblah, tahun ni puasa sambil melayan demam ruam/campak.

Assalamualaikum, selamat berpuasa.

Advertisements

One thought on “Demam Ruam

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s