Bayu Langkawi (hari ke-satu)

Assalamualaikum.
Dengan sepoi angin bertiup, mari rasakan bayu dari pantai Langkawi.

Saya, waktu ini sedang berehat, bersenggang-senggang di tepian pantai, belakang resort kami menginap – Sandy Beach Resort Langkawi.

Dah lama kami merancang, cuma kali ini berkesempatan pergi bercuti. Dengan Chip de Mission – Nizan, saya, Aiti dan Ben terbang ke Langkawi jam 1.10 tengah hari tadi.

Alhamdullillah, sampai saja di airport, agen pelancongan kami dah menunggu dengan Grand Lavina untuk kami gunakan sepanjang percutian empat hari ini. Lepas itu, rombongan encek nizan ni mulakan aktiviti pertama bersantap (makan tengah hari) sebelum check-in.

Berita tergempar, semalam satu empangan di Langkawi pecah, dan memberi kesan kepada sistem perairan. Jadi kami dimaklumkan di hotel juga tiada air. Ah, sudah! Nak mandi camna? Nak kencing, nak berak semua…

Ntah, tunggulah cerita nasib kami ni esok, atau bila-bila masa yang saya rajin update. Yang penting, tadi masih boleh ambil wuduk untuk solat jamak zohor asar. Hehehe, kuasa Tuhan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s