9 jam

Jam dinding pelik 2

 

Saya ‘busy’ sangat.

Busy-busy, busy mengerjakan benda-benda PBAKL. Mengejar dateline itu dan ini. Sibuk giler.

Biasanya bila bab pesta buku, orang hanya nampak, 10 hari pesta itu berlangsung. Payah mengerjakan peringkat awal tak ada siapa yang tahu.

Setakat ini cabaran hebat untuk saya ialah dua perkara ‘memandai-mandai’ dan ‘biorlah tak pandai’ [tersirat dan tersurat, ahaks].

Dalam apa pun keadaan, setiap hari termasuk cuti — saya masok ‘office’ jugak. Buat kerja tau, bukan main-main. Saya cari rezeki yang halal dan ini semua kerana tanggungjawab.

Susahnya kerja ni, sesusahnya nak bagi orang percaya dengan saya. Percaya pada kemampuan dan kesungguhan saya. Sedar sendiri! [Merungut]

Tapi saya pegang satu ayat ni sejak dulu, “kalau saya tak buat, siapa yang sanggup buat? Jadi buat sajalah. Asalkan ikhlas, tentu menjadi!” InsyaAllah.

Pasal ucapan terima kasih, puji-pujian, tahniah, tolak tepi dulu. Kita ikutkan saja. Dah rezeki masing-masing, kita tukang buat je, jadi wajarlah dilayan sebagai tukang buat juga.

Kalau mengikut keadaan sekarang, team saya memang nampak seronok dan semangat nak mengejar sasaran. Tapi nak mengerjakan tugasan awal-awal ni, hmm…mujur adalah dua tiga orang.

Rasanya sudah patut punya pelapis, yang boleh laksanakan kerja yang sama (seperti apa yang saya buat)> Tahun depan takut saya dah tak ada dah nak buat. Tapi benda ni, nak tunggu saya bercakap dulu… memang tidaklah. Tak nak dikata GILER KUASA!

Tahun ini untuk projek PBAKL ada perunding, jadi kerja itu terarah, ada checklist (dulu pun ada, cuma dulu orang tak mahu ikut), kalau tak — jadi macam tahun lepaslah. Dan segala kelemahan, kegagalan akan diletakkan di bahu patik, hamba sahaya ini.

***

Panjang pula merungut. Merungut pada saya okay kalau dalam masa yang sama kerja tak pernah tinggalkan. Tapi teruk sangat pada orang yang ‘senyap’, sentasa senyap sedangkan dia tak buat kerja pun, sebab memang dia tak buat kerja jadi dia tak merungut! Ahaks…

Pasal 9 jam (tajuk post ni), sebenarnya nak bagi tahu, dah lama dah teringin nak tidor 9 jam — sleeping beauty. Dulu Iza buat ‘sleeping beauty’ ni, jadi saya tahu jugalah… Lepas habis Buletin Utama, jam 9 , dia start tidur dan bangun semula jam 6 pagi. Beauty sangatlah tu…kononnya.

Saya teringat pasal ‘sleeping beauty’ @ tidur 9 jam ni sebab seorang kawan baru saya — bagitahu yang dia tidur awal setiap malam, supaya keesokkannya dia boleh kerja dengan cergas, bertenaga dan kualiti kerjanya kekal baik.

Masa tu ‘bubble’ dalam kepala ‘hotak’ saya tertulis “pasal kerja ke, pasal sleeping beauty? padanlah muka jambu. Jambu sangat!” [Bubble nakal]

Sejak saya kerja, dapat tidor 6 jam dah bersyukor sangat dah, tapi jarang bebenor merasa tidur selama tu. Selalu dalam 4 jam. Paling-paling pun dapat 2 jam jadilah. Daripada langsung tak dapat.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s