R OZ JACK

oz-the-great-and-powerful-banner-poster

“Love means never having to say you’re undead,” Nicholas Hoult, Warm Bodies
“There’s nothing hotter than a girls with brains,” Teresa Palmer, Warm Bodies
“i May not be the hero of this story, but at least i get to see how it ends” Ewan McGregor, Jack the Giant Slayer

Assalamualaikum…

Semalam saya tengok tiga (3) ‘movie’ di Wangsa Walk. Asalnya sya ke pejabat, nak sudahkan kerja, namun kerana gangguan internet – penaikan taraf sistem ‘and what so ever’ katanya — jadi saya pun merayau terus.

Alang-alang dah ke Wangsa Walk, berbelanjalah sekali — habis juga RM300 – RM400, dengan buku (popular book stores tengah buat sales), dengan Elianto lagi, dan makan-minum di sana. Rabak poket i ols….

Sebab janrang ada masa tengok wayang, saya pun pulonlah. Tengok Warm Bodies pukul 11am, OZ The Great and Powerful pukul 1.45pm dan Jack the Giant Slayer pukul 6pm. Antara waktu senggang yang ada tu saya guna untuk makan dan berbelanja.

Tengok Warm Bodies, cerita komedi romantik yang ‘best’! Bolehlah layan. Hajat di hati nak tengok cerita ni berteman, tapi memandangkan peluang begini (masa ‘free’) tak kunjung tiba setiap hari, jadi saya tengok sendiri sajalah. Dari filem ini, kita diyakinkan bahawa perasaan itu adalah kekuatan untuk mengubah diri. Jadi kalau perasaan kita cekal mahukan sesuatu, fikiran dan tubuh badan juga nekad tentu kita dapat capai impian kita.

Oz the Great dan Powerful, ramai yang kata cerita ni menarik, hebat. Saya tengok sebab Boss kata cerita ni best. Memang hebat dan menarik — cantik sangat filem ini. karektor (sampingan, watak kecik-kecik) semua comel-comel belaka. Saya fikir filem ini menunjukkan betapa strategi yang betul akan memungkinkan kemenangan dalam apapun, walaupun lawan kita beribu. Well it make sense, kuantiti tak boleh ditandingi jika lawannya ialah strategi. Strategi sama saja maknanya dengan kekuatan tapi dalan versi lain – perancangan, gerakan dan tindakan yang betul pada masa yang tepat.

Filem terakhir saya tengok sebelum melangkah balik (naik teksi lagi sebab kereta masih belum siap), ialah Jack the Giant Slayer. Saya suka satu watak pembesar (hulubalang), lakonan Ewan McGregor yang mempertahankan kedaulatan raja daripada pengkhianat negaranya. Bila kembali ke negaranya — dia juga tidak mengharap disambut, malah terus berjuang mempertahankan kota dan istana negaranya waktu ‘giant’ menyerang. Tengok, tak pernah sudah tanggungjawabnya – sentiasa di depan menghadap musuh. Fuh, kita harapkan semua anggota pihak berkuasa berperasaan dan bersemangat begitu waktu-waktu sekarang ni. Selagi Lahad Datu masih tidak bersih dengan penceroboh — selagi itu mereka patutnya tidak duduk, bersandar dan berdiam.

Untuk yang belum menonton, selamat menonton. Tengoklah hari Rabu — sebab murah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s