Ku Khachiwa

car_photo_209519_7Assalamualaikum.
Saya nak tulis perkara mengembirakan, tapi hati saya terguris petang ini — ‘frust’. Jadi tak mampu nak tuliskan cerita yang gembira-gembira. Tapi…sebab saya malas nak melayan ‘frust’ saya ni, cari saya fokus..fokus tulis benda-benda baik saja.

1. Nuar, dah balik dari London. Dia belikan teksi hitam London (miniature) untuk saya. Suka, suka dan sangat suka. Sebelum ni KShawati belikan saya bas merah London, suka giler saya masa tu. Tq Nuar, Tq KShawati.

2. Dah lama tak jumpa Boss, tadi jumpa balik. Yes, sangat penting masa-masa nak dekat pesta buku ni, memanglah kena kerap berjumpa dengan Boss. Takut ada kerja yang tersalah buat, tersilap itu ini — semuanya harus dibuat mengikut perancangan. Payah sikit ni, kang salah sikit pon nampak besar dan salah orang lain pin boleh jadi salah kita gak… BERSEDIA!

3. Jabatan saya bekerja, nak buat makan-makan. Yang ni seronok, sebab dah lama tak buat makan-makan. Kami nak makan mee kari. Asal nak makan KFC, tak cukup budget pulak, al maklumlah ramai… Nak celebrate birthday sekali. Tak kisahlah makan apa yang penting makan!

4. Anjing tak ada malam ni. Saya balik pukul 9 lebih, berjalan kakilah – sebab kereta di workshop. Mujur tak ada anjing, kalau tak setiap malam saya gelabah takut kena kejar anjing liar ‘on the way’ balik dari ofis ke rumah.

5. Dua minggu jalan kaki – sebab kereta punya hal, saya berjalan kaki pergi dan balik kerja. Hari Ahad ni, cukuplah 14 hari. Huh, penat sangat!

6. Dah tiga minggu dah…tak pergi ‘karok’. Ini adalah beberapa benda yang saya buat hanya untuk pbakl – tak pergi tengok movie, tak berpoya-poya (shopping), tak karok — supaya semua masa hanya untuk kerja-kerja pbakl

Itu sajalah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s