Kalaulah Jodoh

adik

Kadang-kadang kita tertanya-tanya takdir sendiri.

Iyalah, bila umur meningkat orang mula bertanya pasal kahwin mahwin. Daripada kengkawan rapat sampai ke kenalan biasa, semua nak tahu perkembangan diri — bab itu. Yang pastinya, diri saya memang terus BERKEMBANG!

Cinta, kalaulah semudah membeli ikan di supermarket — tentu ramai yang akan beli. Bukan satu, malah berkilo-kilo dibelinya. Mungkin ada yang sanggup ke laut, tangkap yang ‘fresh’. Hakikatnya, jodoh adalah ketentuan Tuhan. Kita semua tahu hakikat itu.

Cumanya, kita ni selalu tak sabar untuk mengetahui takdir yang ditentukan untuk kita. Siapa lelaki/wanita bertuah yang akan menemani hidup kita di dunia dan InsyaAllah sampai ke akhirat? Entah! Mungkin seperti lagu Angan-angan – Raja Ema, ataupun tak seperti yang diidam.

Kawan saya pernah cakap, setakat menunggu, sampai ke sudahlah. Saya setuju itu!

Tapi tak semestinya saya berani buat begitu. Jadi kepada sesiapa yang berani mencuba, tepuk dada ‘and try your luck’ — manalah tahu dialah ‘jodoh’ yang ditentukan untuk anda.

Saya nak merujuk kepada apa yang diberitahu oleh Ustaz Kazim Elias, alah yang dalam program Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis. Katanya tak salah kalau perempuan nak approach lelaki, tapi perlu kena dengan caranya — agar tak menjatuhkan air muka yang perempuan mahupun yang lelaki tu.

Untuk permulaannya, katakan apabila perempuan sudah terjatuh cinta pandang pertama dengan seorang lelaki. Perlulah dia selidik dulu latar belakang lelaki tu, tak perlulah kaji dalam-dalam cukuplah sekadar tahu serba sedikit.

Kemudian gunakan orang tengah — biasanya kawan baik (lelaki) sebagai penghubung. Beritahu padanya tentang hasrat nak berkenalan dengan ‘lelaki pojaan hatimu’.

Ini kena betul-betul, cari kawan yang boleh dipercayai — tak menjaja cerita anda kepada orang lain. Mintalah bantuan dia untuk menyampaikan niat suci murni tu…

Atas semangat persahabatan, si kawan tadi pergilah menyampaikan amanat yang terpikul di bahunya. Dengan cara yang betul, sambil berbual, sambil minum-minum, sambil mencucuk jarum menyampaikan hasrat temannya.

InsyaAllah, waktu itu juga lelaki itu, jika sudah dimiliki oleh orang lain — dia akan memberikan jawapan tidak. Sebaliknya, jika dia juga masih solo dan sedang mencari — dia, sama ada menyatakan persetujuan atau setidaknya memberitahu mahu berkenalan dan berkawan-kawan dahulu dengan perempuan yang meminatinya.

Selanjutnya sama ada yang perempuan mahupun lelaki mulakanlah langkah untuk berkenal-kenal dan berkawan-kawan. “Kalau dah jodoh, tak ke mana,” kata P.Ramlee. InsyaAllah bersatu jugak nanti.

Tips selanjutnya, tengoklah bila ‘free’ dan rajin nak menulis topik ini.

p/s: macam tak percaya saya tulis post ni kan. Topiknya, ‘sangatlah bukan topik saya’.

Advertisements

One thought on “Kalaulah Jodoh

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s