Teman Karok

Assalamualaikum… Salam penuh nada riang.

Karaoke

Saya sekarang bersama ‘geng lipat kain’ atau geng karok melalak di pusat karaoke berhampiran Festival City. Kami habiskan masa senggang menyanyi selagu dua. Selagi masa masih ada masa.

Nizan, Aiti, Benben dan saya ada beberapa lokasi untuk aktiviti ini. Tapi lebih kerab di Wangsa Maju. Sebab harganya murah dan dekat dengan ‘office’.

Yang penting aktiviti ‘karok’ ni dapat bantu kami ‘release tension’ sikit. Terutamanya melegakan rasa ‘tegang’ sebab musabab masalah kerja. Lain daripada itu, inilah aktiviti ‘lesure’ kami yang tidak berbelanja besar.

Kadang-kadang kami ajak lebih ramai rakan, tapi melalak pun lebih lama jugalah masanya, dalam lima jam. Untuk yang biasa menyanyi di karaoke, masa tu biasa-biasa saja.

Kami sendiri pernah sekali, berbuka puasa di Redbox dan terus menyanyi. Kami bayar untuk berbuka dan menyanyi dari jam 8 hingga 11 malam, tapi sebab karaoke kosong masa bulan puasa, kami menyanyi hingga jam 4.30 pagi. Sudahnya lepas sahur balik rumah.

Dengar macam mengarut, tapi untuk saya dan teman-teman yang jarang ada masa bersosial – sekali sekala tu bolehlah. Lepas itu, berselang bulan jugak kami dapat jumpa dan menyanyi semula.

Nak kata ‘busy’ sangat, orang mungkin tak percaya. Hakikatnya, saya ‘spend’ masa untuk bekerja lebih daripada masa yang ditabur untuk diri sendiri. Untuk 110% komitmen! Sedihnya komitmen itulah yang selalu jugak dipersoalkan sebagai tak memberikan kerjasama, malas, tak berusaha oleh pihak tertentu. Diam saja, buat tak tahu!

Sebab tulah, bila ada masa terluang, saya ajak geng lipat kain pulun karok. Sebulan sekali, kadang-kadang dua bulan sekali. Asal ‘happy’ sudah…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s