Mimpi ke London

MimpiEditAssalamualaikum.

Saya sedang beratur untuk mendaftar di sesi undian gerai PBAKL. Selama saya bekerja, PBAKL adalah antara projek utama yang saya kena buat, memang kena buat. Tapi cuma sayalah yang perasan begitu, orang lain tak perasan pun kerja saya dalam projek tu.

Tapi, tapi ada satu tahun tu, orang memang perasan saya — sebab saya buat silap, jadi mereka akhirnya nampak..

Mengerjakan projek ini, terutama untuk pasarkan produk di PBAKL sebenarnya sangat menyeronokkan, sangat bahagia. Tapi dibalik seronok dan bahagia itu, ada banyak perit getirnya.

Rasa seperti berlawan di padang, strateginya kena betul, ‘action and attack’, gerak langkah tak boleh silap, ‘player’ kena ‘komited’, ‘coach’nya kena ‘betul’, targetnya semua kena dirancang rapi. Kebiasaannya saya sebagai ‘player’ dan dalam masa yang sama berdiri di belakang coach, sediakan itu ini untuk memastikan strategi dapat digerakkan.

Macam-macam pengalaman saya dapat dari PBAKL. Pernah gembira dan menangis hanya semata-mata nak lunaskan tanggungjawab. Susah nak dicerita. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Saya sungguh-sungguh. Dari celik mata, sampai saat mata nak tertutup balik, asyik fikir pasal PBAKL nilah… Sampai tidor pun termimpi-mimpi. Cuma pelik sikit kali ni, tak termimpi lagi… Kenapa ya? Hmmm…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s