Kenapa Berblog?

Untitled

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini.

Apabila saya buka blog ini, saya pastikan saya melihat statistik pelawatnya. Hairan saya, ia masih ada pembaca. Walaupun saya tak promosikan blog ini, tidak memautkannnya di mana-mana – tapi memang ia masih dilawati. Entah siapa, dan kalaulah saya tahu tentu saya akan cari dan tanya mereka kenapa mereka minat membaca blog ini.

Dulu, pada suatu masa dahulu ada yang menegur cara dan bahan yang saya gunakan di blog. Malah katanya “jangan jadikan blog awak sebagai diari, nanti kalau bergaduh dengan boyfriend pun nak tulis di blog…” Tapi untuk senangkan hatinya, saya ambil pendekatan senyapkan blog saya seketika dan menulis kembali lepas semuanya tenang.

Ya, jawapan saya – memang blog ini ‘diari kisah peribadi’. Cuma saya mahu kongsikan kisah itu dengan sesiapa saja. Sebab saya fikir, kalau saya buat sesuatu yang salah, bodoh, biadap – pembaca blog ini dapat menilainya dan akan menghindarkan diri dari berbuat benda yang sama. Kalau saya gembira, rasa bangga dengan sesiapa, saya mahu rasa itu turut dikongsi. Dan yang paling menyenangkan – saya dapat melewati kembali saat indah, pahit, manis, suka duka yang pernah saya lalui pada suatu masa dahulu. Tersenyum dan bergelak bila membaca post dua/tiga tahun lalu. Tergelak pun ada…

Blog ini tercipta bulan Jun 2008. Sudah empat tahun lebih, walaupun kering kontroversi, tapi ia kembung dengan rahsia. Cerita-cerita peribadi, kisah nasi tangas, rakan sebilik, pengalaman bercuti (kembara), pengalaman menyertai/mengerjakan acara-acara tertentu – ini semua benda menarik yang pernah terjadi dalam hidup saya.

Jadi kenapa saya masih mahu berblog – supaya sekali sekala, bila dalam kekeringan ‘jiwa’ saya boleh membaca dan ketawa smula. Selamat membaca bagi pembaca blog ini dan selamat menulis juga kepada anda yang mahu cuba berblog.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s