Beginilah

37544600v10_480x480_Front

Dari lantai 202, Blok B7. Assalamualaikum.

Sy menunggu mesin basuh siap beroperasi. Sambil tu menyiapkan kertas cadangan projek randau jabatan. Sesekali teringat kata-kata Boss waktu saya, Nuar dan Aiti berjumpanya untuk membentangkan idea (kami) dan mendengar idea (Boss) untuk diguna pakai sebagai strategi jualan di PBAKL.

Begini I
Selama saya bekerja dengan Boss, begitulah dia, sentiasa ada idea, peka dengan persekitaran, teliti dan kreatif.

Beginilah setiap kali, masih bergantung kepadanya, sebab hanya dia yang boleh ciptakan idea sekemas itu. Kalau nak ikutkan idea, taklah terlalu gempak atau boombastik sangat, tapi ia kemas, praktikal dan berkesan (boleh kata dijamin berkesanlah).

Beginilah II
Dan setiap kali itulah, saya nampak diri sangat kecil, tak pandai dan memang teruk. Gila tak teruk, pada usia begini, dan pengalaman kerja bertahun masih tak ‘bagus’ lagi. Sangat kechiwa!

Hal-hal beginilah jugaklah yang menguatkan pandangan – saya memang tak boleh jadi orang ‘sales’ apatah lagi ‘marketing officer’. Dahlah tak ada skil menjual, apalagi idea kretif utk marketing… Haram! (orang Perak maksudkan ‘haram’ sebagai ‘tak akan adalah’)

Beginilah III
Dalam kesesakkan kerja yang berperang dengan masa, dan keupayaan kedua tangan dan satu minda berkongsi beban kerja yang tak terhitung, disitulah munculnya rasa beban, tekanan dan akhirnya datanglah En Setan mencuit jiwa dan rasa.

Waktu beginilah En Setan mula ‘cucuk jarum’. Dilahirkan perasaan marah, kecewa, sedih. Rasa tu, rasa normal saja, tapi dengan tiupan dan bisikan mentera ‘over’, mulalah hati kita melalut.

Saya sendiri, inilah saatnya hati dihimpit rasa sedih beremosi (rasa ditindas, dipermainkan, tidak diperlukan). Dalam keadaan beremosi, pasanglah lagu Aisyah ‘Janji Manis Mu’, confirmlah meleleh air mata. Saya, begitulah…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s