Padat

beautiful-wall-ornament-design.jpg

padat…

Berkisah dari meja Amira Tom Yam, sambil saya menanti menu pilihan saya disiapkan… Nasi putih, ayam masak kunyit, telur dadar dan sup kosong.

Setiap kali balik kerja, selalu kita memutuskan ‘hari ni hari yang PADAT’. Sibuk sangatlah tu…

Memang benar, begitulah selalunya. Dari dulu sampai sekarang, cuma adalah hari-hari tertentu yang tak berapa sibuk – macam hari yang nak bercuti umum keesokkannya, atau bulan puasa – senggang sedikit.

Sejak jadi ‘pegawai khas’ yang khaslah sangat ni, saya rasa senarionya berbeza sedikit… “Siang saya sangat padat dan malam pula lebih padat”

Makin tenat minggu ini, saya perlu atur semula tugas dan jadual kerja saya. Semuanya kelam kabut dan terlalu banyak yang tertinggal akibat alasan ‘tak sempat’ atau ‘terlupa’. Sudahnya nanti, akan menjerat saya jugak nanti kalau tak dibetulkan dari sekarang.

Pada usia ini, saya memang tak berkenan nak dengar komen tentang kualiti kerja saya. Sebab sejak awal lagi, saya dah letakkan 110% usaha dan keringat untuk kerja, hanya untuk KERJA. Jadi kalau ada yang nak sentuh tentang itu, meh merasa PENUMBOK saya dulu. Bercermin dulu sebelum mengata ya.

Tapi kadang-kadang ada jugak soksek-soksek (gosip) negatif yang termasuk menerjah lubang telinga saya,  yang mana tak membimbangkan sangat, saya buat tak tahu saja. Sebab kadang-kadang ia cuma cakap-cakap orang yang tak sukakan saya. Dengar sudah…

Cerita pasal padat – sekarang ni memang padat sangat (memang = sudah menjelaskan, tambah dengan perkataan sangat = jugak menjelaskan benda yang sama) sebab projek KLIBF 2013, randau jabatan, pelancaran buku (pelan jualan), Expo Buku Islam, schadule-kan balik jadual kerja utk updates facebook dan website, detail-kan business plan, dan sediakan artikel kolum kerjaya di buletin dan banyak lagi.

Hmm.. Bunyi macam simple, tapi benda-benda nak merangka ni sangat ‘penat’ nak membuatnya. Dan untuk diri saya sendiri, kerja-kerja nak merangka, mengarang , tulis-tulis paper ni semua lebih baik dibuat waktu malam. Lebih banyak idea menggoreng dan tak ada gangguan. Tak lengah sebab menganggkat telefon dan menjawab e-mel.

Cumanya bila malam (tentu pejabatnya adalah rumah) ada kekangan jalur lebar. Tak dapatlah nak menggunakan internet dan sebagainya… Apapun saya cuba sedayanya nak menyiapkan semua-semua. InsyaAllah.

Padat siang atau malam, masih okay untuk saya sebab biasalah – ‘orang duduk sorang’. Lainlah kalau berkeluarga, berboyfriend ke… Itu mungkin payah sikit. Saya jangka hidup padat ni sampai bulan Mei. Lepas tu semuanya akan jadi okay…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s