Zoom In Hong Kong Edisi Bosszer I

Salam dari Kawloon…
Hari ini, 1 Februari 2013 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan. Saya, Aiti dan Boss meraikannya dengan cara berbeza.

Kami melencong ke Hong Kong atas biaya Boss selepas selesai mengerjakan satu projek ‘heavy’ katanya.

Sekarang, waktu saya menekan punat kekunci Blackberry (BB) ini, kami sedang minum-minun di Starbucks berhampiran sungai (ntah apa namanya) dan dalam masa yang sama turut menikmati keindahan cahaya lampu di langit kota batu (Hong Kong lah).

Jam 5.00 petang tadi kami mulakan menjelajah bumi Hong Kong dengan ke Avanue of Star, menyelusuri tepian sungai yang lantainya ada tapak tangan dan tandatangan bintang filem Hong Kong (yang terkenal saja).

Sepatutnya malam ini kami menyaksikan persembahan laser sekitar bandar Hong Kong. Dah cantik sangat dah, duduk di Starbucks, pegang cawan kertas berisi ‘hot chocolate’, memang baguslah untuk menyaksikan keindahan cahaya laser. Tapi kami kena menunggu lebih sejam lagi untuk persembahan itu… Alah, buang masa pulak.

Jadi, kami putuskan ke Ladies Market. Tengok-tengok barang yang mungkin akan dibeli untuk bawa balik nanti. Walaupun kami sudah beli kad octapus (kad top-up untuk kenderaan awam di Hong Kong), tapi rasanya Boss macam nak naik teksi saja. Okay, nanti sambung lagi… Next post – malam karang, lepas Ladies Market.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Anda akan baca ayat ni setiap kali dalam siri ini, ikhlas dari saya…
“tq Boss sebab bawa saya dan Aiti ronda-ronda Hong Kong. Saya sayang kamu!”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s