Mimpi Sampai ke Hong Kong

Nak pergi Hong Kong

Nak pergi Hong Kong

Lintas langsung, dari Sturbucks, Tropicana City.

Cerita taklah gempar sangat. Begini ceritanya, tapi cukup buat saya dan Aiti dilema, risau, cemas, geram, semua ada…

Begini, lepas selesai mengerjakan satu. projek dengan Boss, dia belanja kami makan angin… ke Hong Kong (lepas kami tukar dua tiga cadangan lokasi). Segalanya, penginapan, tiket kapal terbang, tiket masuk ke pusat peranginan semua dia yang bayar. Kami tinggal bawa diri saja.

Petang tadi Boss maklumkan yang dia tak dapat pergi. Pergh…gugur jantung. Siapa nak pergi kalau dia tak pergi. Dahlah dia yang bayor semua. Hampir-hampir saya maki orang-orang yang berkemungkinan menjadi penyebab dia tak boleh pergi, seperti ….(tut)…, …(tut)…, …(tut)…. dan ramai lagilah. Akhirnya nboss kata alasannya kerja dan kerja itu projek ‘besor gila’.

Malam ini, waktu makan di Nandos tadi – boss masih menegaskan dengan nada sedih bahawa dia kesal tak dapat sertai kami. Tapi sewaktu mencongak-congan bagaimana mahu menempah tiket ‘Madame Tussauds Hong Kong”, Boss terkandas daripada penipuan ciptaannya. Saya dah agak, membongak je! Kami pun lega semula, nanti holiday di Hong Kong, Boss ada!

Dalam banyak kali bercuti, cuma kali ini agak berat sedikit. Tapi saya rasa ia bakal menjadi percutian yang paling menyeronokkan.

Sebelum ini kalau bercuti (luar dari Malaysia), saya cuma bersedia dengan meggi mee, roti, mila 3 in 1, coklat dan biskut. Kali ini, sebab Hong Kong sukar nak dapatkan makanan halal (restoran yang ditulis halal pun tak diyakini kehalalannya), jadi kami putuskan untuk masak saja.

Hai…masak-masak ni masalah untuk saya. Dari kecik pun tak pernah main masak-masak, inikan pula nak masak betul-betul. Tapi, atas dasar mensyukuri nikmat rezeki bergolek ini, saya akur…

Malam semalam sempat minum-minun dengan Nizan. Dapatlah bertanya dengan dia dan diberi tunjuk ajar – bab masak-masak nilah… Mujur ada Abam. Insya-Allah, semoga dipermudahkan untuk saya. Demi nikmat syukur. Tengoklah, jadi ke idok nanti…

Insya Allah esok pagi, 1 Februari 2013, kami bertiga akan berlepas dengan penerbangan jam 9.15 pagi…

Semoga kami selamat pergi dan selamat kembali…

Advertisements

One thought on “Mimpi Sampai ke Hong Kong

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s